Akhir-akhir ini, isu kontroversi melibatkan adik-beradik Shila Amzah yang berbalah disebabkan kediaman mereka mahu dijual telah menjadi bualan rakyat Malaysia.
Terbaharu, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menjelaskan dirinya tidak pernah menghalang anaknya itu untuk menjual rumah pusaka yang didiami keluarganya.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Dalam satu perkongsiannya di Instagram, dia sedar bahawa rumah tersebut merupakan milik Shila dan akui penyanyi itu mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya tetapi Shila pernah berjanji untuk membenarkan dia menetap di kediaman tersebut selama-lamanya.
“Disebabkan rumah pusaka ni juga tergamak Shila mengeluarkan kata-kata kesat pada mak, tak tergamak mak nak tulis kata-kata itu. Allahuakhbar. Ya benar memang Shila tak halau mak tapi kata-kata Shila mak faham.
“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.
“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular.” tulis Fauziah.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut yang dikongsikan sebentar tadi telah dipadam oleh Fauziah.