Terbaru, adik kepada penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Syada Amzah telah memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya meluahkan rasa terkejutnya apabila ada individu tidak dikenali mahu melihat kediaman milik keluarganya.
Menurutnya, dia berasa pelik dan tidak tahu mengapa individu tidak dikenali terbabit berbuat demikian sedangkan dia langsung tidak meletakkan sebarang notis atau pengumuman tentang penjualan rumah.
Baca Juga:
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
Bukan itu sahaja, Syada Amzah juga meluahkan rasa terkilan dan mendakwa dirinya bukan sahaja dibuang malah kini, dihalau pula. Malah, dia merasakan dirinya sekeluarga seakan-akan haiwan terbiar yang sesuka hati mahu dibuang dan dihalau tanpa sebarang perbincangan.
“Gila lah, rasa macam kita ni haiwan sesat. Dah kena buang, kena halau lagi. Genius, betul-betul respect.” tulis Syada
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.