Kalau anda rajin melayari TikTok, pasti akan terjumpa video yang memperlihatkan orang ramai sanggup beratur demi merasai mi segera viral.
Namun begitu, pemilik mi segera viral terbabit menjadi bualan sensasi di platform X apabila menjawab persoalan dengan gaya sinis berkaitan suntikan typhoid.
Seorang netizen mula mempersoalkan sama ada peniaga tersebut sudah pergi ke kursus pengendalian makanan serta mendapatkan suntikan typhoid kerana ia perkara satu prosedur kesihatan wajib bagi peniaga makanan.
Wanita itu hanya meningglkan soalan kepada peniaga terbabit di akaun TikToknya,“ Kursus pengendalian makanan pergi? Typhoid cucuk tak?Tanya je.”
Bagaimanapun, peniaga itu sedia membalas persoalan yang dilontarkan dengan sindiran,“Awak nak makan ke awak nak cucuk?”.
skskskskskskskskskks pic.twitter.com/pypecnoyeB
— calin (@shalinhalim) November 11, 2024
Respon peniaga tersebut langsung mengundang kecaman teruk daripada netizen kerana dianggap tidak profesional dan egoistik ekoran tidak boleh ditegur.
Ramai berpendapat suntikan typhoid adalah perkara asas yang perlu diambil serius kerana ia boleh bantu mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan penyakit demam kepialu.


Susulan itu, ada yang mahu kedai mi segera viral itu diserbu oleh pihak berkuasa dalam mendapatkan kepastian sama ada mereka sudah mengikuti kursus pengendalian makanan serta mengambil suntikan typhoid atau pun sebaliknya.
Untuk makluman, mereka yang gagal mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 membabitkan nilai kompaun RM18,000.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk pengendali makanan tidak mengikuti kursus keselamatan makanan, tiada suntikan anti tifoid dan tidak mematuhi kehendak pakaian serta kebersihan diri pengendali makanan.