Siapa sahaja yang tidak sukakan aiskrim dan lagi best kalau aiskrim itu percuma. Ya, anda tidak salah baca dan memang betul IPC Shopping Centre mahu beri ais krim percuma kepada anda.
Bermula 10 Julai sehingga 22 Julai 2018 hanya belanja RM100 di dalam satu resit di mana-mana kedai dan anda boleh tebus ais krim percuma di i-Counter Level G, IPC Shopping Centre.
Jenama aiskrim apa yang anda boleh pilih di sana nanti? Ini vendor yang akan ada di Ice Cream Ville nanti.
1. Sangkaya
Kalau hendak merasa makan aiskrim dalam tempurung kelapa, inilah antara tempat yang anda perlu terjah. Aiskrim dimakan lagi dengan isi kelapa, memang best!
2. Kind Kones
Setiap aiskrim di Kind Kones diperbuat daripada 100% All Natural Vegan Ice Cream dan tanpa bahan terlarang. A must try.
3. Skinny Bakers
Pernah cuba makan cookies dan di tengahnya aiskrim? Anda boleh pilih jenis cookies apa yang anda mahu apit di antara ais krim anda di Skinny Bakers. Barulah real cookies & cream!
4. Jersey Jack Gelato
Rangkaian aiskrim dari Australia ini memang terkenal dalam menghasilkan Gelato berkualiti tinggi gaya Itali. Nampak sahaja sudah terliur.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh join cabaran IPC Ice Cream Ville Brain Freeze Challenge untuk menang hadiah-hadiah menarik! Cabaran ni akan berlangsung pada 14-15 Julai dan 21-22 Julai. Owh, jangan lupa untuk cari Ice Cream Diva juga pada tarikh-tarikh ini. Dapat pula belon percuma dari Ice Cream Diva nanti.
Di sini juga akan disediakan tempat cun untuk anda rakam gambar bersama aiskrim anda tebus dan semestinya lokasi yang insta-worty untuk anda share di Instagram. Cool bukan?
Owh ya, anda perlu cepat kerana hanya 100 yang pertama setiap hari sahaja akan dapat tebus aiskrim percuma ini. Jadi sudah boleh rancang perjalanan anda untuk ke IPC Shopping Centre dari 10 Julai sehingga 22 Julai ini. Jumpa di sana!