Pelakon filem Jemputan Ke Neraka, Alif Hadi menyatakan dia redha berpisah dengan Yasmin Hani sejak dua bulan selepas melangsungkan hubungan cinta lebih tiga tahun lalu.
Memetik Harian Metro, kedua-duanya enggan menghebahkannya sebelum ini kerana perkara itu terlalu sensitif.
Baca Juga:
- ‘Elak Sebar Aib, Kekurangan Pasangan Selepas Berpisah’ – Bekas Mufti
- Kuasa Viral TikTok, Wanita Berjaya Temui Ibu Kandung Selepas 29 Tahun Berpisah
- ‘Boleh Saya Cium Dia’ – Ali Puteh Sebak Berjumpa Anak Arwah Abam Selepas 4 Tahun ‘Terpisah’
“Sudah berseorangan. Sebenarnya saya tak nak komen sangat pasal hal itu kerana sangat sensitif buat saya. Hal yang tak elok, saya tak nak hebahkan. Kalau tiba masa orang tahu, tahulah.
“Mungkin sampai situ saja jodoh saya. Saya tak nak cakap siapa salah. Ini keputusan kami bersama. Pastinya perancangan saya tidak sehebat perancangan Tuhan. Saya berserah saja,” katanya.
Alif membuka mulut mengenai hubungan cinta selepas diaju soalan kenapa dia hadir berseorangan menerima trofi Aktor Pembantu Filem Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, baru-baru ini.
“Memang ada rasa sedih itu kerana tiga tahun kan (bercinta). Tapi pada masa sama, saya pun tak nak buang masa. Kita kena ‘move on’. Tuhan Maha Perancang.
“Awal-awal itu memang rasa ‘down‘ sangat. Tapi selepas itu saya terus alih fokus untuk diri sendiri. Alhamdulillah kerja saya tak henti-henti.
“Kalau ketika itu tak ada kerja, mungkin lebih teruk kot keadaan mental saya. Dia ‘ambil’ satu nikmat daripada saya, gantikan yang lebih manis,” katanya.
Alif bagaimanapun bersyukur perpisahan itu berlaku dengan baik, petik laporan itu lagi.