Walaupun telah diingatkan berkali-kali, namun masih ramai orang yang berdegil dan terus menjual di lampu isyarat. Malah, penjaja yang didapati meniaga di lampu isyarat boleh didenda sehingga RM2,000.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter telah berkongsi rakaman ‘dashcam’ yang menunjukkan kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kereta Nissan X-Trail dengan sebuah motosikal.

Baca Juga:
- Bukan Hanya Penjaja, Pembeli Di Lampu Isyarat Turut Berdepan Saman RM2,000
- Jadi ‘Punca’ Kemalangan Dan Tidak Mengaku Bersalah, Pemandu Myvi Ini Dikecam Orang Ramai
- Seolah Tiada ‘Common Sense’, Penumpang Tinggalkan Najis Dalam Bas Rapid KL Buat Netizen Geli
https://twitter.com/wnremi/status/1568129354902929413
Menerusi rakaman video tersebut, dapat dilihat kereta Nissan X-Trail itu yang mahu mengelak kereta Axia yang berhenti di tengah jalan untuk membeli jeruk mangga mengakibatkan sebuah motosikal menghentam kereta Nissan X-Trail terbabit.
Selepas itu, kereta Nissan X-Trail bertindak meninggalkan tempat kejadian dan kereta Axia itu juga meneruskan perjalanan. Penunggang motosikal itu dilihat tidak mengalami kecederaan parah dan dibantu oleh penjaja mangga jeruk dan juga penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut.
Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak berpuas hati kerana pemandu tersebut bertindak melarikan diri seolah tidak mahu bertanggungjawab.
Tolong la pihak berkuasa sapu habis spesis jual mangga kat jalanraya ni. Menyusahkan org https://t.co/DLodUoQDcU
— Ucop (@yusof_yakob) September 10, 2022
This is why we should stop these people selling mangga tepi jalan because there are some impatient people like kereta Nissan ni https://t.co/PtU5WCdctH
— Asyraful (@acapulamin) September 10, 2022
“Atleast xtrail tu bagi signal awal” bagi signal awal tapi kalau tak tgk side mirror pun membawa padah gak, kerja nk hentam penunggang motor je. Masa ambil lesen dulu tak belajar CITO ke? https://t.co/uQrQ0WvdqS
— ACP💭 (@amirulacappp) September 10, 2022
https://twitter.com/MuniHmdn/status/1568295675376582657
Malah, para netizen juga berkata perkara ini dapat dielakkan jika penjaja menjual di tempat yang sewajarnya. Tambah netizen, inilah sebab kenapa penjualan di lampu isyarat dan tepi jalanraya kerana mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.