Pelakon dan model, Zarina Anjoulie telah dimarahi oleh ayahnya kerana bergurau dengan dadah.
Zarina Anjoulie atau Anju meluangkan masa untuk bersembang dengan ayahnya. Dia merakamkan detik perbualan itu kerana mahu mengenakan ayahnya.
Zarian Anjoulie memberitahu bahawa wang yang dia telah berikan kepada ayahnya adalah hasil daripada kerjayanya menjual barang terkutuk iaitu dadah.
Anju hanya mahu prank ayahnya namun begitu gurauannya itu awalnya dianggap betul oleh ayahnya. Membuatkan ayahnya memarahinya.
Ini kerana ayahnya menganggap apa yang dia lakukan itu sangat bahaya dan boleh merisikokan nyawanya. Ayahnya turut kegeraman dan mahu ‘merembat’ Anju.
Zarina Anjoulie menegaskan ayahnya harus menyokong apa sahaja kerjanya. Namun ayahnya tidak setuju dengannya.
Dipetik daripada laman Oh Bulan, ayahnya berkata: “Kau jangan buat hal, aku rembat kau. [Ayah] tak sokong apa yang you buat. Nanti you kena tangkap dan bunuh. Bahaya.”
Ayahnya kekal tenang dan tegas ketika Zarina menyatakan bahawa dia cuma bergurau.
Di ruangan komen pula, netizen rata rata terhibur melihat telatah dua beranak itu. Sambil mereka memuji ketegasan ayah Zarina Anjoulie yang dianggap cakap terus atau ‘cakap straight’, tiada lapik lapik.
Netizen juga suka melihat hubungan Zarina Anjoulie dengan ayahnya yang kelihatan mesra. Sambil mendoakan agar ayah Zarina Anjoulie agar terus kekal sihat dan panjang umur.