Setiap orang memiliki kisah hidup yang tersendiri dan tidak semua orang bertuah untuk hidup dalam keadaan keluarga yang ‘senang’. Malah, bukan senang untuk berjaya dalam hidup kerana perlukan pengorbanan dan usaha.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @sonoflukas telah berkongsi kisah disebalik kejayaan yang beliau capai ketika ini. Cukup mengejutkan kerana beliau bukanlah dari keluarga yang senang tetapi keluarga yang memiliki kesulitannya tersendiri.
"Untunglah kau kaya," – member.
Kalau kau nak tahu 7 tahun lepas aku masih pakai kapcai. 7am-2pm sekolah (STPM), 4pm-12am part time kedai mamak. Ayah aku dalam lokap, mak aku dalam hospital mental. Sekarang aku dah kenal hikmah, tapi
— SHIN (@sonoflukas) February 23, 2020
Menerusi perkongsian tersebut, beliau berkongsi kejayaan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM pada 7 tahun yang lalu dan beliau bekerja di kedai Mamak secara separuh masa untuk menampung kehidupannya ketika itu.
Apa yang mengejutkan kami adalah kehidupannya tidak seperti remaja yang lain. Mana tidaknya, selalunya seorang pelajar hanya akan fokus belajar tetapi beliau mampu membahagikan masa untuk bekerja.
Setahun aku simpan sijil STPM aku. Buang jauh² impian nak jadi jurutera. Sepanjang tahun tu aku terlibat dengan najis dadah. Kawan² ramai tinggalkan aku. Kecuali 2 insan tu. [El (now tunang aku) dan arwah Umar].
— SHIN (@sonoflukas) February 23, 2020
Beliau turut berkongsi keadaan keluarga beliau dimana ayahnya berada dalam lokap dan ibunya dalam hospital mental. Walaupun beliau mendapat keputusan cemerlang dalam STPM tetapi beliau tidak melanjutkan pelajaran kerana kekangan kewangan.
Berikutan itu, beliau mula terlibat dengan najis dadah dan rakan-rakan beliau mula meninggalkan beliau. Akan tetapi, dua sahabat beliau iaitu El yang merupakan tunang beliau sekarang dan Umar, sahabatnya yang sudah meninggal dunia tidak meninggalkan beliau ketika itu.
Yang dia tumbuk tu rahang aku, tapi kenapa dada yang sakit? Senak. Aku tahu teori newton tapi graviti malam tu macam hilang. Malam tu lah aku janji kat diri sendiri, budak pendek nama El ni takkan nangis lagi disebabkan aku. Aku nak hidup. Untuk dia.
— SHIN (@sonoflukas) February 23, 2020
Sekarang aku dah nak tamat Master. Duit insurans mendiang mak aku lebih dari cukup untuk aku bayar cash segala fee study. Aku dah ada rumah, hadiah dari mendiang ayah sebelum dia ke tali gantung. Sungguh sejak 5 tahun lepas, semua benda yang shit jadi getting better.
— SHIN (@sonoflukas) February 23, 2020
Mereka membantu sedaya upaya untuk membantu beliau seperti menyedarkan beliau, bantu dari segi kewangan dan sebagainya. Pastinya tanpa bantuan mereka, beliau tidak akan mencapai kejayaan pada hari ini.
Difahamkan beliau bakal menamatkan pengajian dalam peringkat Master. Para netizen kebanyakannya bangga dengan pencapaian beliau dan kisah beliau banyak membuat mereka tersedar.
And thank you for telling people this, on behalf of someone yang baru rasa the sweetness of life.
My mom worked hard. Satu hari bermacam kerja for us, while our dad keluar masuk penjara, pusat too often. Sampai dia dah selesa kat sana. We survived with 1 egg everyday. https://t.co/8sw4IDVtOX
— A ♡ (@eyenajee) February 25, 2020
This is super inspirational. Thanks, Shin. May Allah bless you and ease everything you're doing and will do. https://t.co/18F4E1kw7f
— alafun (@alalafina) February 24, 2020
Betullah org cakap "kalau kita rasa diri kita susah,sebenarnya ramai lagi orang yang lagi susah dari kita"..yang perlu kita buat is
'JANGAN GIVE UP' https://t.co/OdTsHL8syw
— farisya🇲🇾🇵🇸 (@eiisyaa__) February 24, 2020
https://twitter.com/azrnsmohd/status/1231911897668059136
Semoga perkongsian ini akan membuka mata anda dan memberi inspirasi kepada anda untuk tidak berputus asa dalam hidup serta berusaha agar berjaya dalam kehidupan anda.
Apa kata baca kisah penuh inspirasi yang pernah disiarkan di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Walaupun ‘Ditipu’ Semasa Kecil, Lelaki Ini Hargai Sokongan Ibunya Hingga Jadi Pelukis Hebat
Mampu Beli Kereta Mewah Hanya Dengan Bermain Mobile Legends? Ini Penjelasannya
Tidak Kenal Erti Mengalah, Ibu Bawa Anak Berusia Tiga Tahun Tawan Puncak Kinabalu