Ayat yang ditulis oleh Izizree Zulkefli ini telah menarik banyak perhatian pengguna media sosial. Ia seolah-olah sama seperti kes viral nombor akaun Rosmah di mana ramai orang bank in duit kerana orang mahu menguji sama ada betul atau tidak nombor akaun itu.
Semalam Facebook Page Himpunan Cerita Lawak (HCL) telah memuat naik satu petikan gambar akaun Twitter.
Twitter Izizree Zulkefli:
Dalam kes ini pula, ramai orang terutama lelaki telah menguji pasangan mereka dengan memasukkan nama ‘Diana’ di dalam teks sebagai orang yang membantu mereka ketika menghadapi dugaan sakit/cedera.
Lantas, ramai lelaki mencuba trik “Siapa Diana” dan inilah antara para lelaki yang sudah berjaya mengenakan pasangan masing-masing. Oh tipikal!
Namun, ada juga mendapat balasan mesej yang cool dari pasangan. Contohnya seperti ini:
Cool reply itu diterima oleh Qaz Naem. Tapi orang kata ada kemungkinan pasangannya sudah membaca tentang ini di Facebook sebelum reply mesej.
Haha! Mungkin tak boleh terima hakikat ada wanita yang berbeza, not typical. Tapi sebenarnya ada kemungkinan trik tidak menjadi apabila pasangan itu bergelar isteri.
Ini contoh reply seorang isteri lagi. Petanda isteri ambil berat dan bukan cemburu buta.
Bagaimana dengan lelaki yang bergelar suami? Apa respon mereka? Ini contoh:
Ini pula reaksi jika pasangan dah tahu ada nak menguji “Siapa Diana”. Kantoi!
Dan ini reaksi jika pasangan berasa bengang selepas anda menguji mereka. Hati-hati. Panas.
Uji atau tidak, anda tahu dan faham perangai pasangan. Fenomena ini bukan applicable untuk semua orang tetapi ia berlaku pada kebanyakan orang. Maka, jangan cepat melatah. Bagi yang mahu menguji, good luck! Dan cuba uji kepada lelaki “Siapa Danial” pula.