Bencana banjir dan tanah runtuh berskala besar telah melanda hampir keseluruhan wilayah Aceh (bersama Sumatera Utara dan Sumatera Barat) pada penghujung November 2025, yang telah dicatatkan sebagai salah satu malapetaka hidrometeorologi paling dahsyat dalam dekad ini.

Sampaikan Gabenor Aceh telah mengisytiharkan status darurat bencana hidrometeorologi.

Susulan musibah dahsyat berkenaan, difahamkan Malaysia merupakan negara yang terawal memberikan bantuan dari segi perubatan dan kepakaran doktor yang dibawa terus ke mangsa yang terjejas.

Menerusi satu video yang tular, kelihatan seorang doktor wakil dari agensi BSR yang memaklumkan telah membawa bantuan kemanusiaan berupa ubat-ubatan sejumlah 2,000 KG yang bernilai RM1 juta.

@ismailajalil

Datang dari Malaysia untuk membantu kemanusiaan di Aceh Utara dan membawa obat obatan untuk korban banjir #acehutarabangkit #bupatiayahwa #ayahwa #acehutara

♬ suara asli – Ismail A. Jalil (Ayahwa) – Ismail A. Jalil (Ayahwa)

Perkongsian video itu langsung menjadi perhatian terutamanya netizen dari negara jiran yang mana majoritinya yang sangat berterima kasih dengan bantuan kemanusiaan yang pantas dari Malaysia.

“Indonesia sering bertengkar (atau bergaduh/berbalah) dengan Malaysia, tetapi dari tunjuk perasaan (demo) yang lepas sampai bencana sekarang, mereka adalah negara pertama yang memberi sokongan dan bantuan kepada kita.

“Indonesia sering bertengkar (atau bergaduh/berbalah) dengan Malaysia, tetapi dari tunjuk perasaan (demo) yang lepas sampai bencana sekarang, mereka adalah negara pertama yang memberi sokongan dan bantuan kepada kita.

“Indonesia sering bertengkar (atau bergaduh/berbalah) dengan Malaysia, tetapi dari tunjuk perasaan (demo) yang lepas sampai bencana sekarang, mereka adalah negara pertama yang memberi sokongan dan bantuan kepada kita.”

Dalam pada itu, ada yang menyarankan untuk bantu ekonomi Malaysia dengan datang melancong ke sini dan berbelanja.

“Mulai dari sekarang, marilah kita melancong ke Malaysia sahaja, agar pendapatan negara mereka dapat ditingkatkan dan tidak perlu lagi bercuti di dalam negara sendiri. Ini adalah kerana ketika kita berada dalam kesusahan, merekalah pihak yang paling pantas menghantar bantuan kepada kita.”