Baru-baru ini seorang pemilik bisnes kereta terpakai telah menghadiahkan sebuah Proton Persona buat adik Mohd Aariz bagi meringankan beban keluarganya.

Tidak lama kemudian orang ramai terkejut apabila mendapat tahu kedua ‘ibu bapa’ kanak-kanak itu masih belum mempunyai ikatan sah.

Baca Juga:

Terbaharu, Harian Metro mendapatkan maklum balas perkara itu daripada pemilik bisnes used car, Firdaus Shariffudin, 36.

Firdaus merasakan bapa anak kecil itu, Mohd Azlan seorang bapa yang bertanggungjawab, bukan mata duitan.

Rezeki Adik Mohd Aariz, Tauke ‘Used Car’ Bagi Proton Persona

“Apa saya nampak waktu berjumpa dengannya tempoh hari adalah sikapnya sebagai seorang ayah yang penyayang.

“Tak nampak pun dia orang yang mata duitan malah dia pun tak minta kisahnya tular.

“Jadi, saya tak nak campur urusan peribadinya kerana itu kisah silamnya dan semua orang pun buat salah.

“Mungkin kisah tular itu asbab untuk pihak berwajib bertindak memberi bantuan sepatutnya dan permudahkan urusannya berkahwin dengan pasangan,” katanya.

Menurut Firdaus, dia hanya mengetahui kisah sebenar kelmarin selepas terbaca dalam berita yang tular. Dia juga menegaskan tidak menyokong kesalahan yang dilakukan pasangan berkenaan.

Imam Masjid Dedahkan Pasangan Viral Bawa Bayi Atas Moto Belum Kahwin

Namun, dia berpendapat Mohd Azlan layak dibantu dselepas mengambil kira kesusahan dilaluinya. Jadi sebab itulah Firdaus nekad hadiahkan kereta kepada lelaki itu pada Rabu lalu.

Menurutnya kali pertama berjumpa lelaki itu pada Ramadan lalu ketika menyampaikan bantuan beras.

Mohd Azlan beritahu sedang mencari kereta murah dengan bajet RM500 ke RM1,000 supaya menghantar anak ke hospital dengan selamat, lebih-lebih lagi ketika waktu hujan.

Namun permintaanya tidak dapat dipenuhi kerana tiada kereta yang elok dengan harga berkenaan.

“Rabu lalu, dia datang lagi ke kedai saya menaiki teksi untuk beli kereta dengan bajet RM1,000 tapi saya terus minta dia pilih kereta apa yang dia mahukan dan akhirnya dia pilih Persona yang berharga RM18,000.

“Saya ibaratkan dia macam orang yang jatuh longkang dan dalam kesusahan jadi bantu seikhlas hati, tak fikir pun dia orang jahat kerana nilai kereta itu kecil buat saya tapi besar buatnya.

“Saya halalkan apa diberi, tak ada rasa ralat atau kesal pun selepas dapat tahu kisah sebenar mereka kerana hadiahkan kereta dengan niat nak bantu anaknya,” terangnya kepada Harian Metro.

Sumber