Susulan insiden tarik rambut di atas pentas baru-baru ini yang melibatkan Azwan Ali dan Datuk Seri Aliff Syukri, Azwan Ali dalam satu kenyataan mahu menyaman malu Aliff sebanyak RM100 juta.
Terbaharu, Aliff telah memuat naik video di TikTok miliknya sebagai kenyataan balas berhubung tuntutan Azwan Ali yang mahu menyamannya.
Baca Juga:
- Netizen Geleng Kepala Lihat Pemuda Bergaji RM1,100 Nak Pakai Proton X70
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
@abangterlajaklaris biar allah balas.. sy x nak maki hamun org.. biar lowyer buat kerja
“RM100 juta? Mudahnya kau nak minta RM100 juta.
“Saya ni malas tau nak bergaduh dengan orang. Saya tak suka bagi orang popular.
“Kadang-kadang orang ambil kesempatan atas nama saya. Aku buat apa dengan dia? Mahkamah tak bongok lah nak bagi orang RM100 juta.” ujar Aliff.
Bukan itu sahaja, Aliff turut memberi bayangan bahawa dia juga bakal mengambil tindakan lanjut apabila dia mengatakan bahawa kes tersebut telah diserahkan kepada pihak peguamnya.