Pengguna iPhone perlu mengetahui sesungguhnya cara update iOS seperti di bawah ini sememangnya tidak digalakkan. Kaedah ini dipanggil sebagai kaedah OTA (On The Air). Kaedah ini akan beri mudarat kepada sebahagian pihak. Ya, bukan semua pihak. Kesannya berlaku pada jangka masa panjang, bukan on the spot.

Apple iOS 01

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Memang anda akan berkata “Kenapa pula tak boleh? Aku dah pakai iPhone 10 tahun, tiada masalah pun.” ataupun “Tak kan lah Apple buat kemudahan ini untuk menghancurkan produk diorang sendiri. Pelik betul kalau benar”. Perumpamaannya senang sahaja, “Ko tak jaga makan, esok lusa ko sakit.”

Tapi sakit apa tak tahu, itu kehendak tuhan. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

Salah satu simptom kerosakan adalah:

1. Error 9 (HOT SYMPTOM!!!)
2. DFU Mode
3. Keep Restart
4. Green/Blue Screen (bukan GSC@Golden Screen Cinema)
5. Wifi/Bluetooth Chipset Problem (HOT SYMPTOM!!!!!)

Jadi bagaimana nak update iOS? Di bawah ini adalah tutorial mengenainya.

1. Sambungkan gadget anda pada komputer. Pastikan komputer anda sudah install iTunes.

Apple iOS 02

Bagi yang tidak install lagi, sila-silalah klik pautan ini untuk muat turun aplikasi iTunes. Diingatkan kalau anda guna sistem operasi Windows, muat turun aplikasi iTunes untuk Window. Begitu juga untuk sistem operasi OS X.

2. Pastikan gadget anda tidak dalam keadaan “Lock Screen”. Biarkan sistem baca sepenuhnya gadget anda sehingga sistem bersedia untuk ke langkah seterusnya.

3. Klik pada aplikasi iTunes tersebut sehingga keluar paparan seperti di bawah ini.

Apple iOS 03

4. Klik pada button iPhone (jikalau gadget anda adalah iPhone).

5. Maka keluarlah paparan window seperti berikut. Semua info-info gadget anda akan bercahaya di screen LCD komputer anda.

Apple iOS 04

6. Maksud button Update, Restore iPhone, Backup Now dan Restore Backup:

    • Update = mengemas kini sistem operasi iOS gadget anda
    • Restore iPhone = reformat/reset iPhone
    • iCloud (Automatically Back Up) = menyimpan data-data gadget anda ke iCloud (Apple Server)
    • This Computer (Automatically Back Up ) = menyimpan data-data gadget anda ke komputer anda
    • Encrypt iPhone Backup = data-data yang anda simpan mempunyai kata kunci (bukan kata kunci Apple ID/Passcode)
    • Back Up Now = simpan data anda ke komputer/iCloud
    • Restore Backup = hantar data anda dari komputer/iCloud ke gadget anda

7. Untuk menyimpan data, admin galakkan simpanan tersebut disimpan di dalam komputer dengan menekan button This Computer.

8. Klik Back Up Now.

Apple iOS 05

9. Di sini ada 2 pilihan, “Don’t Back Up Apps” dan “Back Up Apps”.

  • Back Up Apps adalah simpan sekali data-data aplikasi anda seperti WhatsApp, Wechat, dan lain-lain.
  • Don’t Back Up Apps, anda tidak perlukan data-data aplikasi termasuk aplikasi itu sendiri.

10. Admin klik Back Up Apps.

Apple iOS 06

11. Maka secara langsung data-data admin termasuk data-data aplikasi ditambah dengan aplikasi admin disimpan di dalam storage komputer ini.

12. Sesudah itu, kita jangan lengahkan masa dengan klik terus Update.

Apple iOS 07

13. Biarkan sistem jalankan tugas mereka.

Apple iOS 08

14. Dekat sini bergantung pada kelajuan internet anda. Makin besar kelajuan internet anda, makin cepat fail ipsw/iOS di muat turun ke komputer

Apple iOS 09

15. Hampir 70% nak siap. Dah dekat ni.

Apple iOS 10

16. Bila sudah siap, paparan seperti di nomobor 5 akan keluar kembali.

Apple iOS 11

17. Jikalau data-data anda belum lagi disimpan ke gadget anda, klik pada Restore Backup. Jadi upacara menghantar data-data asal dari komputer anda ke gadget pun bermula. Sambil-sambil tu kita ngeteh dulu.

18. Gadget anda telah selamat update sistem iOS.

Sedar tak anda? Data-data telah pun selamat disimpan di dalam komputer anda. Jadi jikalau gadget anda rosak ke apa, anda sudah tidak perlu lagi risau tentang data-data anda. Hanya restore data ke dalam iPhone yang lain.

Tidak pelik, ada saja pelanggan admin yang tidak pernah langsung backup data. Jadi bila gadget dia rosak, memang faham-faham sajalah.

Hope anda semua dapat satu ilmu yang baru. Salah silap harap dimaafkan.

Yang baik dari Allah, yang buruk semuanya saya.

As Salam dan Salam Sejahtera.

Sumber