Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk membebaskan Datuk Hasanah Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan unit perisikan luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam kes pecah amanah (CBT) membabitkan RM50.4 juta (AS$12.1 juta) dana kerajaan, lapor Harian Metro.

Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Roz Mawar Rozain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Hasanah supaya dibebaskan daripada pertuduhan tersebut setelah tidak dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fairuz Johari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terdahulu, mahkamah telah memutuskan untuk melepaskan Hasanah tanpa membebaskan (DNAA). Di bawah undang-undang ini, tertuduh yang diberi DNAA masih boleh didakwa atas kesalahan yang sama pada masa hadapan. Bagaimanapun, sehingga kini pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan sebarang kes terhadap Hasanah.

Justeru, hakim memutuskan bahawa menggantung DNAA ke atas Hasanah selama lebih setahun adalah “tidak adil,” sambil menambah bahawa keadilan tidak dilaksanakan dengan cara itu. Pihak pendakwaan, yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari dan Mohammed Fakhrurrazi Ahmad Salim, tidak mencabar permohonan Hasanah untuk pembebasan penuh.

Pada 25 Oktober 2018, wanita berusia 63 tahun itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan CBT, melibatkan RM50.4 juta dana awam semasa beliau menjadi ketua pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri. Hasanah dilaporkan menghabiskan wang hasil dana awam itu untuk membeli enam jam tangan mewah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu antara 30 April dan 9 Mei 2018, di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Hasanah didakwa melanggar Kanun Keseksaan Seksyen 409, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda.

Bekas ketua perisikan Malaysia dituduh guna RM50.4 juta dana kerajaan beli jam tangan mewah. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Bekas Ketua Perisikan Malaysia Dituduh Guna RM50.4 Juta Dana Kerajaan Beli Jam Tangan Mewah