Industri barangan fake terutamanya untuk kasut sneakers semakin berkembang pada ketika ini. Lebih memeranjatkan, apabila kualiti kasut fake ini semakin hari, semakin hampir dengan kualiti kasut yang sebenar.Vice terbang ke Putian, China untuk bertemu dengan salah seorang tokan kasut ciplak berkualiti tinggi di sana.

Menurut Vice, Putian adalah bandar di mana jenama besar seperti adidas dan Nike menghasilkan kasut edisi khas mereka terutamanya sample pair untuk model edisi khas terutamanya model kolaborasi seperti Yeezy dan Nike x Off-White.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Chan Sneakers merupakan pelajar perubatan jurusan perubatan di U.K satu ketika dahulu sebelum beliau terjumpa satu laman menjual kasut tiruan. Kerana rasa ingin tahu, beliau terbang ke China untuk mencari kilang membuat kasut tiruan ini dan seterusnya menjadi seorang penjual kasut tiruan berkualiti tinggi.

Beliau kini menjual sekitar 120 pasang sehari dan boleh membuat jualan sehingga USD100,000 (RM400,000+-) sebulan! Disebabkan itu Chan terus berkecimpung dalam perniagaan ini.

Jika tiada permintaan, tiadalah penghasilannya. Disebabkan kebanyakkan model edisi khas dijual kembali dengan harga yang melampau, ramai yang menjadikan kasut tiruan sebagai alternatif untuk merasa bergaya dengan kasut idaman mereka. Jadi, siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini?