Hati-hati dengan jualan murah barangan berjenama yang muncul di pusat membeli belah kerana kemungkinan besar ianya tiruan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor dua hari telah menjalankan operasi satu premis jualan murah di Jalan Tanjung Puteri berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) yang menawarkan potongan harga sehingga 80% bagi mengelirukan warga tempatan serta pelancong asing.
Lebih 1,000 unit barangan tiruan dengan nilai anggaran RM120,000 disita oleh pihak berkuasa dalam operasi tersebut.
“Operasi membabitkan enam anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor Bahru dilancarkan selepas melakukan risikan dan mendapat kerjasama pemilik cap dagang jenama yang dijual di premis berkenaan.”
“Semua barangan disita bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011 dan akan mengenal pasti punca bekalan barangan itu diperoleh,” kata Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Johor, Zubir Hamsa dalam satu kenyataan kepada Harian Metro semalam.
Menurut laman Instagram yang banyak berkongsikan perihal barangan fake di Malaysia Streetwear Busta Malaysia, Menerusi perkongsian Insta Story mereka berkata kemungkinan besar butik inilah yang diserbu dalam operasi tersebut.
https://www.instagram.com/p/B2BaNcWpaOG/
Pihak Shoeciety My masih belum membuat kenyataan tentang perkara ini dan buat masa ini, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika ke butik yang menawarkan harga murah.
Awal tahun ini, kes serupa juga didedahkan apabila ada pengguna yang ditipu dan membayar RM20,000 untuk beg Chanel tiruan di Bukit Bintang.
Bayar RM20,900 Untuk Beg Tangan Mewah Tetapi Dapat Beg Ciplak
Katy Perry Tewas Kes Ciplak Lagu, Perlu Bayar Ganti Rugi RM2 Juta