Rasanya ramai yang pernah minuman probiotik Yakult ini sebelum ini. Ianya adalah ‘pesaing’ terdekat untuk minuman Vitagen dan rasanya Yakult mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Namun, baru-baru ini, jualan Yakult di Amerika Syarikat meningkat naik secara mendadak. Mereka perlu berterima kasih kepada filem Netflix, To All the Boys I’ve Loved Before.

Penonton filem berkenaan berbincang di Twitter berkenaan minuman Yakult yang diminum oleh watak dalam filem berkenaan yang nampak seperti minuman Yakult. Adegan berkenaan sangat minima tetapi penonton tahu ianya adalah dari jenama Yakult.

https://twitter.com/xovmonique/status/1036878820412772353

Tetapi di dalam filem berkenaan, ianya diterangkan sebagai ‘Korean Yogurt Smoothie’ Sedangkan Yakult sebenarnya berasal dari Jepun. Tetapi orang ramai tetap mengenali Yakult kerana penutup minuman berkenaan yang bewarna merah menjadi identiti packaging Yakult di Amerika Syarikat.

Walaupun tidak diterangkan secara tepat, Yakult pastinya gembira dengan product placement tidak sengaja di dalam filem ini. Jika anda mahu menonton adegan ini, silalah langgan Netflix dan tonton filem romantik komedi All the Boys I’ve Loved Before ini sambil minum Yakult.

Sumber