Nota Editor: Perkongsian beliau pernah disiarkan di Vocket sebelum ini. Kini Arif Afifi Mohamad Sukri berkongsi dengan lebih terperinci bagaimana beliau berjaya turunkan berat badan sebanyak 40kg dalam masa 3 bulan dengan cara yang murah, tanpa pil kurus.

TIPS SIHAT. HILANG 40 KG TANPA PIL KURUS!

Sejak perkongsian saya berkenaan tips mengurangkan berat badan diterbitkan oleh ‘The Vocket’  ternyata perkongsian ini telah membuatkan penulisan saya dikongsi hampir 40k dan berjaya membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca: Tanpa Pil Kurus, Lelaki Ini Berjaya Hilang 40kg Dalam Masa 3 Bulan

Tujuan utama perkongsian ini ditulis adalah saya sangat berharap dapat membantu rakan-rakan yang ingin mengurangkan berat badan tanpa supplement, ubat-ubat kurus yang mahal atau cara-cara lain yang menelan kos belanja yang tinggi.

Penulisan kedua ini juga adalah kesinambungan pada penulisan saya yang terdahulu selain terlalu ramai rakan-rakan di FB dan di luar sana yang ingin saya kongsikan tips diet ini, maka saya tulis kembali.

Harapan saya, ia dapat menjawab beberapa persoalan umum yang sering anda inbox tanya kepada saya.

kurus-tanpa-pil-1

Kaedah yang saya cuba kongsikan antara TERMURAH tanpa perlu bergantung kepada mana-mana ubat dan modal yang perlu anda ada hanyalah TEKAD, AZAM dan KESUNGGUHAN.

Jika anda di antara mereka yang mempunyai TEKAD, AZAM dan KESUNGGUHAN yang tinggi! Saya berharap anda membaca penulisan ini sehingga habis dan kongsikan juga kepada rakan-rakan yang lain!

Sudah bersedia untuk berubah? Baik.

Saya tidak ada keuntungan apa-apa dan anda tidak ada kerugian yang perlu ditanggung. Please share jika ini bermanfaat.

Saya tahu ramai di antara kita yang ada masalah berat badan dan dah cuba macam-macam produk kurus tapi masih tak kurus-kurus. Duit dah banyak habis tapi berat masih tak turun-turun. Bertenang, tips yang akan saya berikan ini jika anda TEGUH HATI untuk laksanakan, Insyaallah akan berjaya.

Ramai yang bertanya, apakah saya melaksanakan diet Atkins, dengan tak makan nasi, makan lauk dan buah saja. Makan telur rebus pagi. Jawabnya TIDAK.

Saya tidak mengamalkan diet ini memandangkan saya memang manusia Melayu yang normal yang susah untuk tinggalkan makanan ruji harian Malaysia iaitu nasi.

Saya makan nasi seperti biasa, tidak berpuasa dan jarang bersenam. Tetapi masih mampu mengurangkan berat badan sehingga 40 KG! dan kecilkan saiz pinggang sehingga 10 inci.

kurus-tanpa-pil-3

kurus-tanpa-pil-2

Inilah saya satu ketika dulu. Belum betul-betul fit lagi.

Berikut adalah yang ingin saya kongsikan;

1. Tahu dahulu BMI badan. Sebelum mengurangkan berat badan, anda harus membuat kira-kira. Berapa kilogram yang perlu anda kurangkan. Sebab ada rakan-rakan yang mesej saya minta tips untuk kurangkan berat badan.

Bila saya tanya berat badan dan ketinggiannya berapa ternyata tersangatlah ideal. Saya tidak akan bantu mereka yang sudah mencapai berat badan yang ideal.

Saya hanya akan membantu mereka yang memang benar-benar mempunyai masalah lebihan berat badan dan obesiti sahaja. Untuk ukur BMI anda boleh semak di nhs.uk weight calculator.

Dah tahu BMI dan berat ideal manakah yang sesuai dengan anda, ia lebih mudah.

2. Makanlah nasi. Jangan pernah berangan dan cuba tinggalkan nasi jika anda merupakan Melayu sejati yang sangat cinta dan sukar menolak apabila nasi terhidang di depan mata. Makan jangan tak makan.

Cuma syarat yang saya letakkan ketika diet yang saya laksanakan ini, ambillah nasi dengan kuantiti segenggam. Ingat! Segenggam sahaja. Jangan tipu-tipu. Dan makanlah nasi.

kurus-tanpa-pil-4

3. Tinggalkan air manis. Ini yang sukar dilaksanakan. Ada yang diet dah ok, nasi segenggam, ayam bakar, makanan kurang garam. Tapi last sekali minum teh ais kaw-kaw manis. Tak jadi.

Untuk makluman saya berpantang air manis dalam bulan pertama. HENTIkan ambilan air manis dan ia akan banyak save your calory untuk selanjutnya.

Minumlah air putih yang kita tahu sebagai free kalori. Ucapkan selamat tinggal kepada air-air manis dan minumlah air putih!

Ada orang tanya saya, Jus boleh minum?
BOLEH. Tapi jus tanpa gula, tanpa susu, tanpa sirap.

4. Makanan bergoreng. Ini antara perkara yang sukar ditinggalkan oleh rakan-rakan yang nak diet. Dalam masa 3 bulan saya berdiet, ini antara disiplin ketat yang sangat saya jaga.

Tinggalkan apa sahaja makanan bergoreng termasuk kuih-kuih bergoreng macam karipap, donut, goreng pisang. Dan apa saja yang terlekat dengan kuantiti minyak yang banyak,

Tinggalkan untuk sementara waktu. Boleh kan?
Gantikan dengan PAU, agar-agar dan kek tapi dengan kuantiti gula yang sedikit dan tidaklah dimakan terlalu banyak.

Protein yang anda ambil pastikan hanya daripada rebus dan panggang sahaja. Ini apa yang saya lakukan dan berdasarkan pengalaman.

Kurang minyak, kurang lemak.

Roti canai untuk sarapan? Tinggalkan!

5. Tinggalkan makanan ringan. Walaupun namanya makanan ringan, hakikatnya ia BERAT untuk kalori anda seharian.

Kerepek ubi, keropok-keropok yang selalu di makan ketika menonton perlawanan bola sepak atau selalu anda jadikan hi-tea, minta tinggalkan.

Kandungan garam di dalam makanan tersebut agak tinggi seeloknya ditinggalkan. Dan gantikan dengan makanan yang lebih baik.

Saya ambil inisiatif kurma sebagai gantinya. Kismis dan madu. Cubalah.

6. Makanan bersantan. Saya minta kurangkan. Nak makan juga boleh tak ada masalah. Cuma kurangkan kuantitinya.

Baik ini adalah secara ringkas perkongsian tentang pemakanan yang saya sudah laksanakan. Saya minta maaf pada mesej yg tidak terbalas oleh sebabkan kekangan masa dan komitmen lain. Harap tips ini membantu. Cuba lah!

kurus-tanpa-pil-5

Time and health are two precious assets that we don’t recognize and appreciate until they have been depleted. It’s challenging, but you have to at least try to eat right and exercise.

Okeyh, Bagaimana dengan senaman??

Saya akan kongsikan pada penulisan kedua nanti. Senaman apa yang telah saya laksanakan dan tips melaksanakan senaman yang lebih efektif!

Ingat untuk mengurangkan berat badan seperti kata sifu saya Kevin Zahri, 70% adalah daripada gaya pemakanan dan hanya 30% daripada senaman.

Untuk info senaman apa yang saya lakukan. Saya akan kongsikan pada penulisan kedua.

Ke arah rakyat Malaysia yang FIT.

Baca lagi: Ini Sebabnya Anda Tidak Perlu Rasa Rendah Diri Kerana Gemuk

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram