Seronoknya tinggal di Malaysia ini adalah kerana kepelbagaian makanan yang terdapat di sini. Menu seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik adalah sesuatu yang biasa di Malaysia tetapi tidak di luar negara.

Andai anda belajar atau bekerja di luar negara, pasti anda akan merindui makanan-makanan tempatan ini. Begitulah apa yang difikirkan oleh saudara Ben Duzy yang kini menetap di Seoul, Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tahun lalu, Ben Duzy mendapat perhatian beberapa media di Korea Selatan kerana menghasilkan hidangan nasi lemak yang lazat di The Expat Fair, Seoul. Pada awalnya beliau cuma hasilkan nasi lemak ini secara mingguan sahaja tetapi selepas mendapat perhatian media, Ben mula menjual nasi lemak dengan lebih kerap bergantung kepada permintaan.

Ben 1

Bercerita tentang pengalaman beliau, Ben tidak mempunyai pengalaman dalam bidang food & beverages (F&B) tetapi beliau belajar memasak daripada ibunya, seorang bekas tukang masak. Idea untuk menjual nasi lemak ini juga hadir kerana di Seoul, agak sukar untuk mencari restoran yang halal dan ada temannya yang rindukan nasi lemak.

“Sebab kurangnya makanan halal terutamanya masakan Melayu di bumi Korea, timbullah angan-angan hendak menjual sebab saya punya ramai kenalan Malaysia dan jugak orang Korea ketika itu. Kawan-kawan setuju jika saya mula untuk buat delivery makanan halal. Target market pertama saya pun pada awalnya orang Malaysia terutamanya yang belajar dan bekerja di Korea,” kata Ben.

Selepas di viralkan di media Korea, beliau mula mendapat pelanggan warga Korea yang mahu mencuba kerana mereka sangat curious dengan nasi lemak ini. Menurut orang Korea, bahan-bahan masakan nasi lemak ini hampir sama seperti satu menu Korea, Bibimbap.

Ben bukan setakat menerima pesanan secara personal, tetapi turut mendapat permintaan untuk tempahan secara catering. Tahun lalu, beberapa syarikat swasta, agensi kerajaan Malaysia serta pihak kedutaan Singapura turut membuat tempahan untuk menu sarapan pagi kerana tahu nasi lemak Ben terbukti sedap.

ben cover

Ben kini mempunyai warung untuk pelanggan yang datang secara walk-in yang dibuka di atas rooftop sebuah bangunan. Warung ini dibuka bersama business partner Ben yang berasal dari Korea. Buat masa ini, warung beliau tidak beroperasi kerana cuaca yang terlalu sejuk dan beliau cuma mengambil pesanan secara delivery sahaja. Harga untuk satu set nasi lemak adalah 6,000 Won(RM22+-) untuk delivery dan 5,000 Won(RM18+-) untuk pelanggan yang makan secara walk-in.

Cabaran Ben untuk memasak nasi lemak ini pastinya untuk mendapatkan bahan untuk persiapan nasi lemak ini. Kebanyakkan bahan mentah mudah didapati di sini cuma bahan seperti belacan perlu di pos dari Malaysia. Harga ikan bilis juga agak mahal di Korea; RM40 untuk 600 gram ikan bilis mentah.

Ben 2
Set nasi lemak Ben

“Menu Nasi Lemak paling famous ketika ini adalah Nasi Lemak Ayam Merah. Menarik tentang bungkusan nasi lemak saya ini adalah lunch box yang boleh dipanaskan menggunakan microwave. Senang untuk dapat microwave di mana-mana convenient store di Korea yang boleh digunakan secara percuma,” tambah Ben apabila ditanya menu yang paling kerap ditempah oleh pelanggannya.

Untuk anda yang akan atau kerap ke Korea, bolehlah berhubung dengan Ben kalau rindu nasi lemak di sana nanti. Sebarang tempahan anda boleh terus berkomunikasi di laman Facebook Ben di sini. Semoga terus sukses dengan bisnes nasi lemak di bumi Seoul, Ben!

ben 5