Monitor jenis ultrawide pada mulanya direka khusus sebagai solusi kepada mereka yang mahu penguasaan dalam multitasking. Penggunaan monitor jenis ini juga sekaligus membuatkan pengguna tidak lagi memerlukan dual-monitor setup.

Skrin ultrawide yang pada mulanya bermula dengan saiz 29-inci, nampaknya semakin mendapat sambutan sekaligus membolehkan para pengeluar mula bereksperimen mengeluarkan model yang lebih besar seperti 34-inci dan 38-inci.

Terbaru, Samsung memilih untuk menjadi pengeluar monitor ultrawide terlebar dunia dengan saiz 49-inci. Hadir dengan saiz seakan TV, mungkin membuatkan anda terfikir bagaimana monitor ini bakal digunakan.

Melalui laman BusinessInsider, mereka turut mengongsikan bagaimana Monitor Ultrawide Samsung 49-Inci bakal memberi kenikmatan buat para gamer serta mereka yang sering multitask. Berikut antara yang mampu pengguna lakukan melalui monitor 49-inci ini.

Mengendalikan 6 program sekaligus bukan lagi masalah
Ini pula apabila digunakan untuk kerja Microsoft Excel
mode skrin penuh atau 16:9 antara yang ditawarkan ketika bermain game

Memandangkan monitor ultrawide bersaiz 49-inci masih merupakan teknologi yang baru ditambah pula dengan penyediaan fungsi sedia ada, harga yang ditawarkan pada monitor Samsung CHG90 ini pastinya agak tinggi. CHG90 bakal mula dijual dengan $1,499 (~RM6389.49). Persoalannya, mampukah monitor ini memberikan kadar produktif yang tinggi seperti yang dinyatakan?