Saya perhatikan ramai yang ingin mendaki Gunung Kinabalu tetapi tidak tahu cara yang terbaik dan ekonomi untuk melakukannya. Tak kurang juga yang ada isu dengan penganjur, nak buat trip private tapi cuma ada 3-4 orang dan lain-lain.

Ramai juga yang merungut kos terlalu mahal berbanding jika pergi ke gunung di Indonesia (memang betul pun, tapi bila anda mendaki Gunung Kinabalu, anda akan faham kenapa). Di sini saya ingin kongsikan cara D.I.Y untuk mendaki Gunung Kinabalu secara bajet (ala-ala backpackers gitu) bawah RM 1000 termasuk tiket penerbangan.

01

Ini berdasarkan pengalaman saya ke sana pada bulan Disember 2015 lepas. Di sini saya ingatkan cara di bawah adalah cara backpackers dan D.I.Y, maka sudah tentu ada beberapa perkara yang tak sebaik jika anda gunakan agensi. Sebutharga di bawah adalah berdasarkan harga terkini yang saya periksa (rate baru 2016).

Pertama sekali, anda kenalah lakukan tempahan pendakian dengan Sutera Sanctuary Lodge (SSL). SSL adalah syarikat yang diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk mengendalikan penginapan di Kinabalu Park (KP) dan Laban Rata.

Jadi kalau anda guna travel agency sekalipun, mereka juga berurusan dengan pihak SSL juga. Adalah sangat tidak disarankan untuk sampai ke Sabah, kemudian baru nak tempah kerana jumlah pendaki setiap hari sekarang telah terhad kepada 100 sahaja, jadi besar kemungkinan tempahan saat akhir takkan berhasil.

Di sini anda boleh tempah pakej 2 hari 1 malam dengan SSL yang berharga RM509.00. Saya sarankan anda periksa dahulu harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Dapat tarikh dan harga yang cun , hubungi SSL untuk buat tempahan.

Kalau ada kekosongan baru teruskan tempah slot pendakian dan tiket penerbangan. Saya sarankan anda perlukan tempoh masa 4 hari 3 malam pergi balik supaya tak terlalu terkejar-kejar dan elakkan kemungkinan terlepas penerbangan. Saya akan kongsikan contoh ‘itinerary’ di bawah:

Day 1 : Departure and Arrival

airport

Flight Air Asia AK 5110 0630AM. Sampai di Kota Kinabalu jam 0930AM. Sampai di airport, anda boleh ambil shuttle bus ke Stesen Bas Padang Merdeka dengan harga RM5.

Di sini anda boleh menaiki bas (lebih kepada van loncat sebenarnya) untuk ke Kinabalu Park yang berharga antara RM20 hingga RM25. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Anda boleh makan tengah hari di kedai sekitar Padang Merdeka.

08

Anggaran masa anda tiba lebih kurang jam 3pm. Di sini anda boleh tempah mana-mana chalet atau lodge bajet berhampiran KP seperti Tahubang Lodge, J Residence, Jungle Jack Backpacker dan Kinabalu Mountain Lodge.

06

Contoh macam di Tahubang Lodge harga RM99 satu bilik. Kalau kongsi 2 atau 3 orang dah tentu lebih murah. Lebih dekat dekat dengan KP lagi bagus supaya pagi esoknya anda boleh jalan kaki sahaja ke sana.

Untuk makan malam ada restoran di depan KP. Kalau nak jimat bungkus siap-siap dari Kota Kinabalu (KK). Bermalam.

Day 2: Start Hike

21

Bangun awal pagi untuk bersiap dan sarapan (boleh bawa roti dari KK). Dalam 7.30am terus ke KP untuk pendaftaran dan bayaran beberapa jenis fees. Untuk pengetahuan anda, ada beberapa bayaran tambahan yang tak termasuk dalam pakej SSL seperti:

1. Entrance (RM3)
2. Permit mendaki (RM50 rate baru 1 Jan 2016)
3. Insurans (RM7), guide (RM230/5 = RM46)
4. Transport ke Timpohon Gate untuk mula pendakian, dan selepas (RM4.50 X 2 = RM9)

14

Anda boleh simpan backpack anda yang besar gedabak tu di loker di KP dengan harga RM12 dan hanya bawa beg kecil daypack (10l-20L) untuk ke atas. Bawa barang yang perlu sahaja seperti jaket untuk summit attack awal pagi esoknya, lunchpack (dah masuk dalam pakej), berus gigi, air semasa nak ke Laban Rata dan snack ringan. Perkara lain seperti tuala, selimut dan makanan semua disediakan di Laban Rata.

15

Sampai di Laban Rata, anda boleh nikmati buffet dinner sepuas hati anda sebab dah dimasukkan dalam pakej. Masa ni saya makan kawkaw kononnya ‘carbo loading’ lah kan padahal sebab dah masuk dalam pakej. Kambing bakar, daging salai, ayam semua adalah dan anda boleh hantam sepuasnya. Tapi kalau lemau esoknya nak ke puncak jangan salahkan saya haha. Anda akan tidur di dorm dan boleh mandi air panas di guesthouse.

Day 3: Summit Attack

13

Bangun jam 1.30 pagi. Bersiap dengan pakaian summit attack dan supper (masuk dalam pakej). Boleh tinggal barang di dorm (atas risiko sendiri). Anda wajib makan kalau tak nak semput dan pitam. Serius. Jam 2.30am mula mendaki.

16

Anda akan berjaya merealisasikan impian anda, iaitu menjejak kaki ke puncak Kinabalu dalam masa 3-4 jam. Dah puas selfie semua, turun semula ke Laban Rata dalam 1 jam lebih dan sarapan (dalam pakej). Anda kena tinggalkan Laban Rata sebelum jam 10.30AM. Kalau sampai awal di LR boleh lah nak mandi dulu. Saya sempat tidur sekejap sebelum turun ke KP.

11

Anda kemungkinan akan tiba di KP pada jam 12-3pm. Kutip sijil dan selfie. Buffet Lunch (dalam pakej) dan bedal lah puas-puas sebagai ganjaran. Selesai makan tengah hari, anda boleh bergerak ke depan Kinabalu Park untuk tunggu bas/van untuk ke KK.

17

Part ni yang ‘tricky’ sikit sebab kadang-kadang bas atau van penuh. Kalau anda cukup sempoi, tahan je mana-mana 4WD yang lalu depan KP menuju ke KK dan tumpang belakang 4WD. Dah jimat duit. Itu yang saya dan 2 lagi rakan saya buat.

Orang Sabah memang baik-baik dan ramai yang guna 4WD sebab faktor geografi. Tapi diingatkan anda akan berada dalam keadaan yang penat pada masa itu jadi kenderaan awam mungkin pilihan yang terbaik.

Sampai di KK petang atau malam jadi bermalamlah di mana-mana backpackers hostel di sekitar Gaya Street dengan kos RM20 semalam. Agoda, Trivago ada jadi manfaatkanlah. Malam tu nak pergi bedal seafood ke apa terpulang sebab semuanya “walking distance” dari Gaya Street.

Day 4 : Return with glory

Anda boleh jalan-jalan sekitar KK bergantung kepada flight anda. Kalau nak jimat duit, tempah la penerbangan awal. Kalau rasa nak rilek sikit, ambil waktu tengah hari dan petang. Ambil shuttle bus ke aiport dari Padang Merdeka. Bila dah sampai KLIA, maka tamatlah perjalanan anda menjejak puncak tertinggi antara Himalaya dan Papua New Guinea. Di bawah saya sertakan bajet yang anda perlu sediakan

Contoh:

1. Pakej 2D1N SSL: RM509
2. Tiket Flight Return KL-KK-KL: RM178 Return (Boleh dapat lagi murah kalau promo)
3. Shuttle Bus Airport-Padang Merdeka-Airport: RM10
4. Transport KK-KP-KK: RM40
5. Tahubang Lodge/J Residence: RM90-RM99/2 = RM40-RM45 seorang
6. Entrance Kinabalu Park: RM3
7. Permit mendaki: RM50
8. Insurans: RM7
9. Mountain Guide: RM230/5 (max) = RM46. Jadi kumpul lah kawan dalam 5 orang untuk jimat.
10. Transport KP-Timpohon Gate-KP: RM9
11. Locker bag: RM12
12. Certificate: RM10.60
13. Penginapan di KK: RM 20
JUMLAH: RM889.60.

fb

*Nak murah lagi, book flight masa promo. Kalau ada kawan yang tinggal di KK atau Ranau, masa ni lah nak hubungi mereka.

*Kalau ada duit, tempah je melalui travel agency untuk peace of mind. Semua orang uruskan. Ini untuk yang nak trip bajet.

Ini video saya sepanjang berada di sana: