Tahun ini genaplah 13 tahun animasi BoBoiBoy yang menceriakan hari kanak-kanak di Malaysia.

Pada 1 Jun 2024, Animonsta Studios telah menayangkan siri episod terbaharu BoBoiBoy Galaxy Windara di platform penstriman berbayar Netflix.

Baca Juga:

Bagaimanapun, siri episod baharu itu juga turut ditayangkan pada platform YouTube secara percuma menerusi saluran Monsta Network.

Menurut pengasas Animonsta Studios, Nizam Razak berkata tayangan siri episod BoBoiBoy terbaharu itu secara percuma merupakan satu ‘kerja gila’ — namun menggembirakan seluruh pihaknya.

“Kerja gila beri episod terbaharu secara percuma kerana kos membuat animasi sangatlah mahal hingga mencecah jutaan ringgit. Tapi itulah yang kami lakukan. Siri BoBoiBoy Galaxy 2 dapat ditonton secara percuma di saluran Monsta Network di Youtube.

“Monsta mahu semua lapisan masyarakat dapat menonton rancangan kami. Tiada perasaan yang lebih menggembirakan bagi kami apabila dapat menghiburkan anda semua,” ujar beliau menerusi satu hantaran Facebook.

Bagi Tonton Episod Baharu BoBoiBoy Secara Percuma, Ini Sebab Nizam Razak Buat 'Kerja Gila'
Sumber Gambar: Shopee Mall Monsta Official Store

Tambahnya lagi, pihaknya cuma mahu orang ramai memberikan sokongan penuh terhadap produk-produk yang dihasilkan. Antaranya Galaxy Card, Jam Kuasa, Figura dan pelbagai lagi.

Ini kerana Animonsta Studio bukan sahaja mahu buat terbaik untuk animasi sahaja, bahkan mereka mahu buat yang terbaik dalam penghasilan produk.

Jika anda dan anak-anak mahu beri sokongan kepada Boboiboy, bolehlah dapatkan produk-produk mereka menerusi Shopee Mall Monsta Official Store.