Tahun ini kita dipersembahkan dengan sejumlah video iklan yang cukup hebat bersempena sambutan Hari Raya yang bakal menjelma. Dengan ini, syarikat animasi tempatan iaitu Monsta juga tidak terkecuali untuk menyajikan video khas mereka buat peminatnya.

Iklan raya Monsta kali ini nampaknya menjadi trending lagi pada tahun ini apabila tular di media sosial selepas meraih 20 juta tontonan dalam tempoh 24 jam selepas dimuat naik menerusi pelbagai platform digital Monsta seperti YouTube, Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut kenyataan Monsta, ‘Temani Raya’ merupakan edisi ke-empat rantaian iklan raya Monsta selepas ‘Kebenaran Raya’ pada tahun 2019, ‘Memori Eudifitri’ pada 2021 dan ‘Kembali Aidilfitri’ pada tahun lepas yang meraih 48 juta tontonan di saluran YouTube Monsta.

Malah, hashtag #TemaniRaya, #Boboiboy, #Mechamato dan #Pian menjadi trending di laman media sosial Twitter di Malaysia dan Indonesia sejurus selepas kemunculan iklan tersebut.

Sumber Gambar: Twitter

Menurut Monsta, bertemakan ‘Temani Raya’, iklan raya tersebut membawakan kisah Amato dan anaknya Oboi (Boboiboy) pergi mengunjungi sahabat baiknya Pian yang kesepian menyambut hari raya keseorangan.

Kenyataan itu memaklumkan rata-rata komen menunjukkan rasa teruja penonton apabial dapat melihat watak Pian yang tidak asing daripada siri animasi Mechamato.

Berdasarkan semakan terbaharu, video raya Monsta sudah menduduki posisi ke-dua di YouTube Trending dalam tempoh 24 jam. Malah, video menerima komen yang positif daripada para peminat yang berpuas hati dengan jalan cerita dan juga animasi yang berkualiti.

Menurut CEO Monsta, Nizam Abd Razak, sudah menjadi tradisi buat Monsta menghasilkan animasi khas setiap sambutan Hari Raya.

Ujar beliau lagi, bermula dari ‘Kebenaran Raya’ sehingga ke ‘Temani Raya sememangnya mengambil masa dan kos yang tinggi. Namun ini dikira sebagai hadiah buat para peminat di luar sana.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Monsta, Faiz Zainal Abidin berkata ini adalah bingkisan istimewa daripada Monsta buat peminat dan penonton yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada Monsta selama ini.

Malah, sesiapa yang menonton filem Mechamato Movie pasti dapat merasa kaitan iklan raya Monsta ‘Temani Raya’ dengan elemen terdapat dalam filem tersebut seperti bangunan Mercu Destar, watak Maskmana dan Kapal Angkasa Wau Bulan yang digunakan oleh animasi Papa Zola.

Sumber