Selepas kejayaan drama Projek: Anchor SPM pada tahun 2020, pengarah, Anwari Ashraf kini kembali dengan sebuah lagi naskhah dinanti ramai, Projek: High Council.
Kali ini, Anwari bergandingan dengan pengarah, Zulaikha Zakaria mengetengahkan naskhah fiksyen yang diinspirasikan daripada kisah benar melibatkan isu gengsterisme di sekolah asrama.
Baca Juga:
- ‘Saya Rasa Itu Satu Tanggungjawab’ – Naim Daniel Akan Terus ‘Berdebat’ Di Media Sosial
- ‘Tuhan Ciptakan Adam Dan Hawa, Bukan Adam Dan Haikal’- Penyokong LGBT Sentap Dengan Kenyataan Naim Daniel
- Penganut Teori Konspirasi Tuduh Naim Daniel ‘Jual’ Jiwa Kepada Syaitan
Baru bersiaran pada Sabtu lalu, drama Projek: High Council ini telah mendapat perhatian orang ramai dan watak Azam Ayam yang dilakonkan oleh Naim Daniel telah menjadi buah mulut netizen.
https://www.tiktok.com/@editzzz._____10/video/7190044292549725467?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7139801178280494594
https://twitter.com/visitukangtaip/status/1614180321779666945
naim daniel's acting skills and hottie nadhir make me wanna watch high councilll
— natasha (@ntshaly) January 19, 2023
“Kalau baju Melayu pun nak kena tuck in, menitik air mata Hang Tuah,”
HAHAHAHAHHAHAHA MENJADI LA KAU @naimdanielx #ProjekHighCouncil
— Wafa Awla (@wafa_awla) January 14, 2023
Dia macam dah agak semalam pasal sekolah STAR sebab macam tak banyak pun sekolah SBP lelaki saja dekat MY ni.
Nice to watch but dia agak ganas sikit sebab ada scene fight sebab nak dapat restu High Council. Boleh la sambil2 imbau zaman sekolah dulu. Watak Naim Daniel tu lawak https://t.co/CvmztzEsl4
— Amirul Azman 🇲🇾🇵🇸 (@amirul94youl) January 20, 2023
Rata-rata netizen yang telah menonton episod pertama drama tersebut memuji lakonan Naim Daniel dan mengatakan apa-apa watak yang diberikan pasti dapat dijayakan dengan baik oleh Naim.
Bukan itu sahaja, para netizen turut terhibur dengan watak dibawa oleh Naim yang seperti ‘diva’ dan kelakar. Untuk pengetahuan anda, drama Projek High Council ini hadir dengan 10 episod dan ia merupakan sebuah kisah fiksyen yang dinspirasikan daripada kisah benar yang pernah terjadi di sekolah Malaysia.