Bak Kut Teh, hidangan herba dipercayai berasal dari Pelabuhan Klang atau Klang, telah diiktiraf secara rasmi sebagai sebahagian daripada ‘Makanan Warisan Negara’, lapor Free Malaysia Today.

Hidangan itu adalah antara 10 makanan yang diisytiharkan sebagai makanan warisan negara oleh Pesuruhjaya Warisan, Muda Bahadin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pengumuman itu disiarkan menerusi laman web Warta Kerajaan semalam.

Bak Kut Teh, sup rusuk babi yang diselitkan dengan herba aromatik dan rempah ratus, adalah kegemaran masyarakat Cina. Asal-usulnya dikatakan berasal dari masyarakat Hokkien di Pelabuhan Klang, di mana ia diambil sebagai tonik berkhasiat di kalangan buruh dan kuli pada awal abad ke-19.

Walaubagaimanapun, asal-usulnya telah dipertikaikan dengan tuntutan bersaing dari Singapura, yang juga telah mendakwa nasi ayam Hainan sebagai warisan unik Singapura.

Sumber Gambar: Laman Web Perundangan Persekutuan

Sembilan lagi makanan yang diiktiraf sebagai warisan negara adalah Burasak, Mee Kolok dan Nasi Ambeng, yang dikategorikan sebagai makanan ruji.

Manakala Dodol Kukus Tahi Minyak, Kuih Genggang/Kuih Lapis, Kuih Karas dan Uthappam dikategorikan sebagai kuih muih traditional.

Sementara itu, bagi kategori makanan pembuka selera adalah Jeruk Tuhau dan Air Katira pula merupakan minuman warisan negara.