Selepas skuad e-sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) negara muncul juara Kejohanan Dunia IESF 2024 di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini, kini mereka bakal menghadapi sebuah kejohanan dunia  terbesar yang bakal berlangsung di Malaysia pada 21 November 2024.

Maka, sejumlah skuad dari seluruh pelusuk dunia akan datang berkampung di Malaysia dalam merebut piala dunia pada siri M6 kali ini dengan jumlah prize pool mencecah $1 juta (~RM4.4 juta) .

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Namun begitu, seorang pemain dari Amerika Syarikat telah menjadi perhatian netizen temparan apabila melemparkan jenaka biadap terhadap bendera Malaysia sekaligus mengundang kemarahan ramai.

Menjadi adat dalam dunia permainan untuk para pemain mahupun peminat membuat serangan psikologi bagi meningkatkan tekanan terhadap pasukan lain.

Pemain bernama Michael Cosgun atau nama dalam permainan yang lebih dikenali sebagai Mobazane pada mulanya sememang cukup terkenal berbuat jenaka kasar dengan pasukan dan peminat di Malaysia.

Ini termasuklah menggelarkan pemain dan pasukan di sini sebagai ez server dek mungkin kita sering kalah pada kejuaraan sebelum ini.

Pada kali ini, sebaik tiba di lapangan terbang di Malaysia dia langsung memuat naik beberapa gambar dengan meletakkan kapsyen yang menyakitkan hati menerusi akaun peribadi Instagram.

Malaysia
Sumber Gambar: IG

Pada gambar pertama, dia menunjukkan sudah berada di KLIA lalu meletakkan kapsyen sinis dengan frasa ‘ezezezezezezez server’ yang mana masih boleh diterima lagi oleh netizen tempatan.

Malaysia
Sumber Gambar: IG

Namun, dia telah melampaui batas apabila sudah menunjukkan bendera Malaysia sambil menulis ‘noob’ sekaligus mengundang kemarahan netizen tempatan kerana dilihat sudah memperkecilkan negara Malaysia.

Susulan itu, sejumlah warga netizen tempatan menyerang akaun peribadi pemain E-Sport terbabit dan setiap gambar dipenuhi segala makian dan luahan tidak ketidak puasan hati dengan tindakan sebegitu.

Bahana ‘Persenda’ Jalur Gemilang, Netizen Malaysia Serang Akaun IG Pemain E-Sport Amerika Syarikat
Sumber Gambar: IG
Bahana ‘Persenda’ Jalur Gemilang, Netizen Malaysia Serang Akaun IG Pemain E-Sport Amerika Syarikat
Sumber Gambar: IG

Dalam pada itu, nama-nama besar tempatan dalam arena Mobile Legends turut bersuara berkenaan isu terbabit kerana melihat perlakuan pemain terbabit yang sengaja merendah-rendahkan martabat bendera negara tercinta kita.

Perkara ini turut telah menarik perhatian pihak penganjur dan mungkin akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, dia sudahpun membuat kenyataan permohonan maaf di saluran YouTubenya dengan menjelaskan sangat kesal atas hantaran tersebut dan sedar ia satu tindakan yang tidak menghormati Malaysia.

Mobazane berkata dia tidak berniat sama sekali untuk menghina mana-mana pihak.

“Saya seikhlas hati ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, dan juga sesiapa sahaja yang tersinggung dengan tindakan saya.

“Saya memahami bahawa niat tidak selalunya akan mencerminkan kesan tindakan kita, dan saya mengambil tanggungjawab penuh dengan posting saya.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya berjanji untuk belajar daripada kesilapan ini dan memastikan ia tidak berulang lagi.

“Terima kasih kepada semua yang telah menegur dan mengingatkan saya. Ini adalah peringatan bahawa kita semua perlu lebih peka terhadap tindakan kita dan kesannya kepada orang lain,” kata Mobazane dalam satu kenyataan hari ini di YouTube.