Sejak platform TikTok menjadi popular, masalah kandungan video dicuri daripada pencipta asal semakin melarat. Manakan tidaknya, ramai sanggup mengambil video orang lain demi mendapatkan komisen menerusi pautan affliate.

Terbaharu, seorang pencipta kandungan tersohor dalam dunia masakan iaitu Che Nom meluahkan ketidakpuasan hati susulan videonya dicuri oleh sebuah akaun di TikTok.

Baca Juga:

“Penat-penat kita masak, record, shooting, dan edit macam itu je dia rembat video kita, tinggi pula views tue…adoii,’ luah Che Noom di Facebooknya.

Sementara di ruangan komentar, beliau juga mendedahkan bahawa sebarang laporan kepada TikTok tidak memberi kesan seperti kes yang dialami oleh rakannya sebelum ini.

Jadi, beliau mahu menggunakan saluran alternatif seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau KPDN dalam menyelesaikan masalah hak cipta ini.

Difahamkan akaun tersebut diwujudkan untuk mengumpul jumlah pengikut yang banyak lalu dijual kepada mereka yang berminat pada harga ribuan ringgit.

Dalam pada itu, netizen turut memberi cadangan kepada beliau untuk meletakkan logo atau watermark pada video supaya lebih mudah dikesan jika dicuri lagi.

Tidak cukup di hantaran tersebut, para tentera netizen pula mengambil tindakan drastik dengan melawat ke profil TikTok yang didakwa mencuri kandungan masakan daripada Che Nom.

@caramasakk1

Kemudian, mereka memenuhi ruangan komen dengan menjelaskan pemilik sebenar kandungan itu kepada penonton di platform tersebut.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Malah, netizen meneruskan usaha mereka dengan membuat laporan tentang pelanggaran cipta ke khidmat pelanggan TikTok bagi memastikan akaun suspek terus ‘terbenam’.

Setakat pemerhatian terkini, akaun suspek masih aktif dan beberapa video milik Che Nom masih belum dipadamkan. Lambat-laun kami pasti akaun TikTok ini pasti akan terkubur jua selepas ia menerima sejumlah laporan pelanggaran hak cipta.

Sebagai peringatan, jika anda berkongsi video atau hasil kerja orang lain, pastikan sertai kredit di ruangan kapsyen agar orang lain ketahui pemilik asalnya.