Siapa di sini kaki shopping? Sebenarnya ada cara untuk anda berbelanja dengan jimat dan pastinya memberikan anda pelbagai kelebihan jika anda tahu caranya.

Terbaharu, pengguna laman Lemon8 @shyfka telah berkongsi tip untuk lebih berjimat ketika membeli-belah. Jom ikuti tip yang dikongsikan olehnya.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Beli ketika sale atau jualan murah

Pastikan sebelum beli, anda membuat perbandingan harga biasa dengan harga yang ditawarkan masa promosi jualan murah. Anda akan perasan akan banyak perbezaan harga dimana pembelian lebih berbaloi ketika beli semasa jualan murah.

2. Gunakan voucher dan coins

Buat anda yang gemar membeli menggunakan platform online seperti Shopee, Lazada dan sebagainya, anda boleh menebus dahulu voucher.

Selain itu, coins yang anda telah kumpul dari pembelian dahulu juga boleh digunakan dan menjimatkan lagi wang anda.

3. Beli barang terpakai

Sebenarnya kalau kita pandai pilih dan nilai kualiti, boleh dapat barang berkualiti dengan harga yang sangat murah jika pandai berunding. Tapi, kena berhati-hati dengan scammer sebab ada yang cuba menipu.

Tanya secara teliti tentang barang, dan kalau boleh suruh dia ambil semula gambar barang itu berbanding dengan apa yang diiklankan. Takut kena scam! Selepas beli, sentiasa tanya balik masa sesuai untuk ambil barang atau jika pos, sentiasa minta nombor tracking.

Sebagai seorang kaki shopping, kita perlu pandai berbelanja agar dapat berjimat. Janganlah kita terlalu boros sehingga memakan diri sehingga terjerumus dalam lembah hutang. Semoga tip ini berguna untuk anda!