Perlukah kita ambil deposit daripada penyewa? Saudara Mohd Ridzuan Rosli berkongsi pandangannya agar para pemilik rumah tahu kepentingan untuk meletakkan klausa untuk penyewa yang akan datang.

Sedikit pasal menyewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menyewa rumah ini nampak mudah. Iyalah, bukan nak memiliki pun hartanah yang disewa, cukup sekadar tinggal, bayar sewa, bayar bil. Selesai.

Tapi bukan semua orang faham atau tahu bagaimana urusan berkenaan sewa rumah. Ramai juga antara kita, yang nak sewa terus kepada pemilik, tak mahu gunakan khidmat ejen, tapi nak terus sewa dan bayar kepada pemilik.

Tiada sekatan daripada segi undang-undang pun sebenarnya kalau nak sewa terus daripada pemilik.

Boleh sahaja berbuat demikian kalau anda kenal pemilik rumah yang ingin disewa. Selalunya kita yang nak deal terus dengan pemilik ni sebab nak elak deposit penuh. Kiranya nak bayar sewa bulanan, terus ambil kunci dan masuk rumah.

Dapat pula pemilik yang mungkin belum faham bab pengurusan risiko, ambil sewa bulanan dan terus serah kunci. Kalau dapat penyewa yang baik, serah kunci semula dalam keadaan sempurna, syukur. Cuma risiko ini tiada siapa mampu hidu. Walaupun dah ditapis pun, boleh jadi, risiko tetap hadir.

Di sini kita sebagai pemilik, kena ambil tahu soal pengurusan risiko. Dan penyewa pula kena ambil tahu soal hak sebagai penyewa. Saya berikan contoh bentuk deposit yang common digunakan di Malaysia untuk menyewa. Ada 4 perkara;

1) 1 bulan Advance Rental (booking deposit)
2) 2 bulan Security Deposit (refundable)
3) 0.5 bulan Utilities Deposit (refundable)
4) Tenancy Agreement (LHDN Stamping)

Perkara nombor 1 akan dikira sebagai sewaan bulan pertama, masa penyewa dah setuju nak sewa, bayar booking sebagai tanda jadi. Kalau pemilik pakai ejen, penyewa akan bayar melalui akaun agensi hartanah. Pemilik pula tak perlu bayar pada ejen untuk uruskan, cuma untuk bulan pertama, pemilik tak terima sewa, sebab ia dah jadi upah atau Profesional Fee untuk servis daripada ejen.

Penyewa kira dah settle sewaan bulan pertama. Kena tahu bahawa sewa rumah ni kita bayar in advance. Bayar dulu baru duduk rumah. Kalau dah booking untuk masuk pada 1 April lah katakan, nanti bayar untuk bulan depan pada 1 April. Faham?

Kedua, Security dan Utility deposit ni penyewa jangan risau. Bila pulang rumah dalam keadaan baik, mengikut terma yang ada dalam tenancy agreement, sewa takde tertunggak, bil semua bayar cantik. Dapatlah semua kembali deposit itu.

Semua hak untuk refund ni akan ada termaktub dalam Tenancy Agreement, kena cari ejen yang boleh buat tenancy agreement yang bagus. Kalau kita lagi faham bahasa Melayu, perjanjian dalam bahasa Melayu lagi baik, senang faham.

Tapi kalau dapat penyewa culas, di sinilah gunanya deposit tu. Sama ada guna untuk bayar bil tertunggak, atau baiki kerosakan rumah. Diambil dari sini. Inilah antara pengurusan risiko yang kita boleh buat.

Jadi bila penyewa pulangkan dalam keadaan yang tidak sepatutnya, penyewa perlu akur dengan perkara ini. Yalah, semua pembaikan mestilah ada kos. Kena ambil tanggungjawab.

Dalam masa yang sama, bila kita menyewa, boleh sahaja kita buat macam rumah sendiri, asalkan kita ikut peraturan dalam tenancy agreement, atau kalau nak ubah tu, mintalah kebenaran atau berbincang dengan pemilik.

Kalau perubahan tu lagi cantikkan rumah pemilik, siapa tak suka ye dak? Begitulah serba sedikit informasi yang saya boleh kongsikan mengenai sewa rumah, deposit dan pengurusan risiko.

Apa apa hal hartanah? Boleh DM terus saya di sini. Jika rasa bermanfaat, sebarkanlah.