Gara-gara ujian mendengar Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sukar difahami oleh segelintir pelajar, akaun Instagram pemain gitar dan komposer Amerika Syarikat, Kyle Green ‘diserang’ pelajar sekolah.

Ruangan komen di Instagram Kyle dibanjiri oleh pelajar sekolah kumpulan 2006 yang memberikan pelbagai reaksi apabila nama beliau disebut pada bahagian keempat ujian mendengar itu pada Isnin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tindakan mengejutkan itu apabila terdapat sebahagian pelajar yang meninggalkan komen ‘mengeluh’ soalan yang diberikan agak susah.

Dalam pada itu, ramai yang mengadu mengenai kesukaran untuk menjawabnya berikutan intonasi percakapan Kyle terlalu pantas. Hal ini sekaligus didakwa menjadi punca prestasi mereka merundum untuk mendapatkan markah terbaik.

Sementara itu, Kyle dalam hantaran di Instagram berkata beliau amat terkejut dihujani pelbagai mesej dan komen daripada pelajar sekolah yang menduduki ujian mendengar memetik namanya dianggap kejadian ‘gila’.

Beliau berkata, dia tidak mengingati bilakah sesi temuramah berunsurkan fiksyen itu diadakan berkaitan dirinya, bagaimanapun menghargai sebahagian yang menonjolkan minat karya muziknya.

“Kepada pelajar yang menduduki peperiksaan di Malaysia, saya harap kalian semua belajar baik-baik selepas ini. Dan sesiapa yang mengekspresikan minat terhadap muzik saya, saya hargai dan semoga terhibur.

“Ini adalah pagi yang gila, ‘all the best to you and catch you soon,” katanya dengan nada lembut.

@heyysmileee

apa dah jadi ni guys HAHA 😭 #fyp #listening #spm2023 #batch06

♬ original sound – ︎︎︎︎︎︎ – ︎︎︎︎︎︎

Selepas kejadian tersebut, warga netizen Malaysia lantas memenuhi ruangan komen dengan membuat permohonan maaf ke atas kelancangan mesej yang ditinggalkan oleh segelinti pelajar.

Sumber Gambar: IG @kylegreen
Sumber Gambar: IG @kylegreen

Menariknya, secara tidak langsung ramai  yang turut mula mengetahui tentang muzik yang dihasilkan dan meminta beliau untuk mengadakan konsert di sini.