Ekoran dituduh tidak cakna mengenai konflik yang melanda di bumi Gaza, influncer yang dikenali sebagai Syamimia teruk dikecam oleh netizen.

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila beliau memuat naik satu video yang menjelaskan sebab enggan berkongsi sebarang hantaran tentang nasib yang menimpa ke atas rakyat Palestin ketika ini.

Baca Juga:

influencer
Sumber Gambar: IG @syamimia_

Jelas impaknya cukup besar kerana sejumlah netizen bertindak untuk tidak mengikuti lagi influencer di akaun media sosialnya. Jika sebelum ini Syamimia mempunyai sebanyak kira-kira 1.2 juta pengikut di TikTok, kini boleh melihat angka pengikutnya menjunam dengan ketara.

Sumber Gambar: Tokcount

Setakat artikel ini ditulis, jumlah pengikutnya di TikTok menyusut kepada sekitar 941,207 pengikut sahaja. Ini sekaligus memperlihatkan lebih ratusan ribu pengikutnya hilang di dalam masa kurang dua hari.

Dalam pada itu, beliau sepertinya tidak terkesan dengan perkembangan tersebut apabila beliau sempat berkongsi video mencuba minuman teh jenama CHAGEE. Walaupun dikecam teruk, video terbarunya masih menerima jumlah tontonan 2.4 juta tontonan.

Rata-rata netizen beranggapan ia sebagai salah satu cara untuk meredakan keadaan yang berlaku. Namun tidak semua berfikiran sedemikian kerana masih ada yang bersimpati dengan kecaman teruk yang diterima oleh influencer tersebut.

Terdahulu, Syamimia memaklumkan bahawa beliau kini pilih untuk berdiam diri dan mahu lebih menfokuskan kepada keperluan keluarga serta membuat kebaikan dengan menyeluruh bukannya dengan mengikut isu tertentu.