Setiap kali menaiki penerbangan Malaysia Airlines pasti sahaja tetamu penerbangan akan disambut mesra oleh pramugari berkebaya biru yang menjadi sebahagian daripada identiti syarikat penerbangan tersebut semenjak 32 tahun lalu. Namun tahukah anda kebaya biru tersebut disenaraikan antara seragam paling cantik di dunia?

Menurut Ketua Pengajar Sekolah Hospitaliti Akademi MAB, Chang Chin Kwan berkata pemilihan kebaya sebagai seragam penerbangan tersebut bukan sahaja praktikal untuk pergerakan setiap masa waktu bekerja tetapi juga keunikan corak yang melambangkan identiti Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, kebaya yang digayakan ini direka oleh Fakulti Fesyen dari Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1 Mac 1986 menampilkan motif batik Sarawak dan bunga-bunga tempatan seperti bunga cempaka, melur dan bunga raya.

Tidak hairanlah pelancong luar sering terpukau dengan keunikan corak batik yang digayakan pramuri Malaysia Airlines.