ESCAPE Penang dan PJ adalah taman tema yang memiliki keunikannya tersendiri. ESCAPE di Penang adalah outdoor manakala ESCAPE di PJ berkonsepkan indoor.

Sedia maklum, ESCAPE telah dilaporkan akan membuka lagi taman tema jenamanya itu di dua lokasi iaitu Ipoh dan Cameron Highlands.

Baca Juga:

Terbaharu, sebuah video yang memaparkan sneak peek ESCAPE di Ipoh telah tular di media sosial dimana dapat dilihat beberapa tarikan menarik yang akan menguji fizikal anda.

@escapeipoh

Ready to ESCAPE? Coming to Perak soon! #escapeipoh #perak #tanjungtualang #ipoh

♬ Bass Cinematic Epic Aggressive Powerful Creepy Horror Intro Logo Teaser Music(1376011) – Other Sound

Bukan itu sahaja, lokasi ESCAPE Ipoh ini dipercayai berada di Tanjung Tualang berdekatan tapak kapal korek TT5. Walau bagaimana tarikh bila akan dilancarkan masih belum diketahui.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak sabar mahu menerjah ke sini sejurus ia dibuka.

Malah, ada juga netizen berharap taman tema ini tidak akan menjadi projek gagal dan segelintir netizen turut mengatakan kini mereka sudah tidak perlu ke Penang untuk merasai pengalaman ke ESCAPE.