Semalam tular satu klip video di mana ada beberapa individu membakar mercun semasa duduk di dalam kereta sedang bergerak di kawasan perumahan kedai.

Pihak polis telah menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki terlibat dalam insiden itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Sentul , Sukarno Mohd Zahari, berkata kira-kira 8.30 malam semalam, pihaknya mengesan sebaran klip video kejadian tersebut, yang dipercayai berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 31 tahun, serta merampas sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek yang didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau akan direman di IPD Sentul bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000, atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian bakar mercun ini diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul menerusi talian 03-40482206.