Pada awal pagi hari Isnin lalu, tular sekeping gambar menunjukkan pengguna Plaza Tol Jalan Duta beratur panjang menunggu giliran di lorong RFID pada hari sama. Insiden itu telah membuatkan perhatian mempersoalkan keberkesanan kaedah pembayaran tanpa tunai terbabit.
PLUS mengambil maklum dan telah melakukan siasatan mengenai kejadian itu. Pihaknya mendapati bahawa terdapat beberapa pelanggan di lorong tersebut tidak mempunyai baki Touch ‘n Go eWallet yang mencukupi.
Justeru itu, pihak PLUS meminta kepada semua pengguna agar sentiasa sentiasa menyemak e-Wallet dan kad Touch ‘n Go bagi memastikan baki yang cukup sebelum memulakan perjalanan.
Tambahnya lagi, plaza tol PLUS menyediakan tiga kaedah pembayaran berbeza bagi kemudahan dan keselesaan pengguna lebuh raya samada menggunakan RFID, kad Touch n’ Go dan SmartTAG.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Pada awal minggu ini, tular satu gambar di mana pengguna Plaza Tol Jalan Duta tersangkut di dua lorong RFID. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Netizen Pertikai Keberkesanan RFID Selepas Gambar Pengguna ‘Tersangkut’ Di Tol Jalan Duta Tular
Tiada Lagi Kompromi, Penjaja Di Lampu Isyarat Bakal Dikenakan Denda Sehingga RM2,000