Pada hari ini banyak kawasan yang mempunyai kawasan gerai tepi jalan. Sedikit sebanyak ia memudahkan orang ramai untuk mendapatkan makanan.

Bagaimanapun, ia menyebab segelintir pihak yang meletakkan kenderaan dalam keadaan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini tular klip rakaman dashcam menunjukkan sebuah Perodua Myvi mengundur sendiri sehingga melanggar kereta perakam video kemalangan kecil itu.

Sebuah Perodua Myvi tiba di hadapan kedai Takoyaki, lalu pemandunya terus keluar untuk membuat pesanan, tanpa menutup pintu.

Selang beberapa saat, kereta tersebut bergerak mengundur sendiri. Ketika kereta mengundur, tiada kereta lain yang lalu-lalang di jalan raya itu.

Pemandu Myvi perasan keretanya mengundur, dia cuba mengejar untuk memberhentikannya. Bagaimanapun dia tidak sempat, lalu Myvi merempuh kereta perakam video dashcam. Pintu Myvi terkepak semasa perlanggaran berlaku.

Warganet menyatakan itulah ‘balasan’ buat pemandu yang pemalas untuk meletakkan kenderaan dengan betul.

Sekiranya dia meletakkan Myvi dengan betul, pasti dia dapat mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

Dalam pada itu, netizen turut kagum dengan ketenangan kereta perakam video dashcam kerana dia tidak hon atau berkata apa-apa semasa kejadian itu berlaku.