Walaupun ramai yang berpendapat kerja di luar negara lebih baik berbanding di Malaysia, masih ada juga yang merasakan mereka perlu menumpahkan bakti ke negara tercinta.
Baru-baru ini tular hantaran seorang individu meluahkan perasaannya yang kurang berpuas hati denga persekitaran kerjanya sehingga nekad untuk kembali ke tempat kerja sebelum ini di luar negara.
Baca Juga:
- Masih Guna Windows 2000, Pekerja Ini Luah Kekecewaan Dengan Kelembapan Komputer Hospital Kerajaan
- ‘Aku Seorang Jururawat’, Kisah Menyentuh Hati Misi Kerajaan Yang Ramai Belum Tahu
Menurut individu berkenaan, beliau merupakan penjawat awam yang baharu pulang ke Malaysia selepas mendapat tawaran untuk berkhidmat di sektor kerajaan.
“Saya penjawat awam baru enam bulan. Belum disahkan jawatan lagi. Sebelum ini, saya bekerja di luar negara. Balik semula ke Malaysia kerana dapat tawaran kerajaan dalam kumpulan pengurusan dan profesional atas niat mahu berkhidmat kepada negara tercinta.
“Saya tak expect culture kerja di jabatan kerajaan sangat slow (maaf cakap). Semua slow. Tambah dengan dua, tiga orang staf gred bawahan yang agak tak membantu melancarkan proses kerja seharian saya dan susah untuk diakses,” luahnya dalam kumpulan Facebook Peguam & Pengguna Malaysia (PPM).
Individu tersebut turut menyenaraikan beberapa kelemahan yang diperhatikannya sepanjang enam bulan berkhidmat di tempat kerja barunya itu.
1. Selalu hilang
2. Tengah hari ambil anak
3. 4pm dah tak nak buat kerja
4. Jika ‘minta tolong’ kerja dalam skop kerjanya selalu nanti la, nanti la.
5. Wasap tak reply
6. Call tak angkat
Beliau juga mendedahkan sudah meminta balik kerja dengan tempat kerja lama di luar negara bahkan sudah diterima. Beliau berbuat sedemikian kerana sudah tidak boleh mengadaptasi dengan budaya kerja di sini.
“Jika saya nak resign, perlu notis 1 bulan juga ke walaupun belaum disahkan jawatan?
“Maaf saya takde niat nak burukkan mana² pihak. Cuma nak menjelaskan situasi jika ada yang salah faham kenapa nak berhenti kerja kerajaan,” ujarnya di pengakhiran hantaran.
Seperti yang dijangka, hantaran tersebut telah meraih perhatian pengguna di platform tersebut yang mana majoritinya turut bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.
Bahkan, ada yang juga berkongsi pengalaman sendiri ketika berurusan di premis kerajaan. Dalam pada itu, ada sebahagian yang menasihati kepada pekerja kerajaan untuk lebih produktif dan melakukan tugasan yang diberikan demi ke arah yang lebih baik.