Umum mengetahui akan kemelut melanda antara Ali Puteh dan juga isteri arwah Abam Bocey, Nor Hidayah. Selepas 2 tahun, akhirnya kes saman fitnah selesai apabila Nor Hidayah menang dalam kes tersebut.
Keputusan kes saman fitnah itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi dan mahkamah memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.
Menurut peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad mengatakan bahawa kemenangan tersebut telah membersihkan nama dan juga reputasi keluarga Hidayah.
Malah, pada prosiding itu juga pihak mahkamah telah menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam dengan kos. Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan ada pihak dianiaya oleh Hidayah tetapi sebaliknya berlaku dan mahkamah telah membuktikan perkara itu dengan kemenangan ini.
Mengulas lanjut akan kemenangan ini, Hidayah mengatakan sudah berasa lega dan minta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan anaknya. Kontroversi mula muncul apabila Hidayah mengeluarkan saman terhadap Ali Puteh dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh Ali Puteh mengambil harta anak yatim dan harta arwah Abam. Selain itu, antara tuduhan lain yang difailkan adalah tuntutan faraid, hak penjagaan anak, kereta dan sebagainya.
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan kemelut antara Ali Puteh dan Nor Hidayah. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Mahu Pertahankan Maruah Keluarga, Ali Puteh Dedah Kes Saman Isteri Arwah Abam Bocey Bermula
Mahu Kebenaran Terungkai, Ali Puteh ‘Balas’ Saman Isteri Arwah Abam Bocey