Penah dianggap aplikasi ‘sampah’ tetapi sebenarnya aplikasi TikTok ini banyak pelbagai konten yang bermanfaat dan dapat menghiburkan para penggunanya.
Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mencium mulut ke mulut seorang kanak-kanak iaitu anak angkat keluarganya telah mendapat kecaman netizen.

https://twitter.com/XLCleopantatLX/status/1361168925208154114
Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut mengatakan budaya mencium mulut ke mulut sudah sebati dan menjadi ‘tradisi’ dalam keluarga mereka. Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu kelihatan seperti ‘rela’ dengan apa yang berlaku dan ada juga yang mendakwa kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak istimewa (autism).
Video tersebut mendapat perhatian penceramah bebas Akhi Fairuz dan beliau menegaskan bahawa perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, bahagian mulut dikategorikan sebagai private part dimana tidak boleh sesuka hati disentuh oleh orang lain.
Ya Tuhan, ni apa benda ni?
Mulut, dada, kemaluan, paha, punggung adalah private part.
Jangan kata orang lain, mak bapak sendiri pun tak boleh sembarangan memegang, menyentuh, mencium bahagian berkenaan.
Tengok gaya macam dah kena sex grooming budak ni. https://t.co/rmMmrKw5qD
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Perlakuan cium budak lelaki seperti ni takkan berlaku setahun dua ya kwn2.
Depan kamera buat gini, bangga share dgn org lain. Agak2 di belakang kamera apa yg dia dah buat?
Anda sampai alami anxiety, panic attack, depresi sbb jd mangsa.
Jantan tagune tu elok grooming bdk lain!
— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 15, 2021
Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut telah menjadi mangsa ‘kerakusan’ abang angkatnya dan boleh menyebabkan anxiety, panic attack dan depresi. Lantaran itu, beliau menyeru agar netizen tampil buat laporan kepada pihak berkuasa agar perkara ini tidak berlaku lagi.
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut yang mencium adiknya di mulut. Mana tidaknya, tindakan lelaki itu dianggap tidak wajar dan seharusnya tahu ‘private part’ yang tidak dibenarkan disentuh.
Jenuh cikgu tabika dok mengajaq sentuhan selamat dan tak selamat. Itupun dengan penuh berhati2 dan betul ikut silibus. Mai depa ni konon adik mak pak kakak abang angkat main pegang, cium ikut suka ja. Haih. Sakit otak laa masyarakat kita sekarang. https://t.co/RF2o6V4q7v
— 🇲🇾 🇵🇸💕 (@aisyaalwanie) February 15, 2021
Bila kanak2 kecil dah meningkat usia baligh maka wajiblah juga mereka tahu hak-hak mereka terhadap body mereka sendiri. Ambil kesempatan betul penjaga yang lakukan grooming yang sebegini dengan alasan dah terbiasa sejak dari kecil diperlakukan sebegitu. Whattt? Kesian.. https://t.co/HrAI49zGYB
— SS شام_سوري 🇲🇾🇵🇸🌻 (@Sya_Insyirah) February 16, 2021
Alamakkk. Serious ahh kiss mulut. Dah besar kot. Anak kita yg kecik lagi nie pun kita tak ajar kiss mulut. Aduhai 😓 https://t.co/78aGPyEBwP
— ✿ ميرا امر ✿ (@MiraIdoraaa) February 15, 2021
Difahamkan, pihak TikTok telah menyekat akaun lelaki tersebut dan apakah pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis
‘Dengar Muzik TikTok Terus Terjaga Dari Koma’- Babak Drama Indonesia Ini Bikin Netizen Terhibur
Video ‘Prank’ Pelakon Sweet Home, Lee Si Young Di TikTok Raih Perhatian Peminat