Ini peluang baik untuk anda yang ingin berhibur bersama keluarga di taman tema air. Kini, Bangi Wonderland tawar promosi tiket masuk sepanjang bulan Julai ini iaitu bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai 2019.

Untuk pengetahuan anda, Bangi Wonderland menawarkan promosi dengan harga RM130 untuk 3 orang dan RM270 untuk 7 orang. Malah, harga asal tiket sebenar untuk dewasa adalah RM58 dan untuk kanak-kanak adalah RM48. Dikhabarkan juga, untuk promosi ini anda boleh campur pembelian untuk dewasa dan kanak-kanak.

66330385_2380732378878806_586702866324914176_o

Malah, anda akan disajikan dengan 15 tarikan permainan menarik seperti Boomeriang, Water Cannon, Spiralax, Body Slide, The Fall, Anaconda Trail, Insane Racer dan banyak lagi.

Buat anda yang ingin ke Bangi Wonderland, adalah diingatkan bahawa taman tema air ini ditutup pada setiap hari Selasa. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web ini. Jangan lepaskan peluang ini!