Umum mengetahui bahawa Sajat kini sudah menetap di Australia dan sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memerintahkan harta milik Sajat disita untuk membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources yang menuntut pampasan sebanyak RM200,000.

Bukan itu sahaja, rumah banglo miliknya yang terletak di Kota Damansara turut mahu dijual dengan harga RM9.5 juta. Terbaharu, seorang pengguna Facebook Muhammad Ishaq dipercayai ejen hartanah mendedahkan bahawa rumah banglo tersebut akan dilelong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian tersebut, rumah banglo tersebut akan dilelong bermula harga RM4.68 juta. Jika anda berminat untuk membida rumah terbabit, ia akan dilelong pada hari Isnin, 13 mei 2024, jam 9 pagi.

Untuk pengetahuan anda, Sajat telah membeli banglo milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5 juta pada tahun 2017.