Seperti ramai sedia maklum, ketika ini telah berlakunya kekejaman rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza. Memusnahkan penempatan, hospital serta universiti antara yang dilakukan pihak Israel dalam meratakan bumi berkenaan.

Terbaharu, difahamkan bangunan tertinggi di Utara Gaza iaitu Menara Andalus dilaporkan telah dimunsnahkan sepenuhnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di sebalik kemusnahan Menara Andalus, netizen tempatan tertarik dengan kewujudan bendera Kelantan yang besar pada menara berkenaan menerusi gambar yang dikongsikan oleh pengguna X @ytirawi.

Berdasarkan perkongsian netizen yang lain, difahamkan menara Andalus ini merupakan projek yang menerima dana daripada Sultan serta kerajaan negeri Kelantan.

Projek yang menelan belanja sekitar $190,000 (~RM908,200) ini turut melibatkan beberapa pihak seperti syarikat Al-Najah dan juga NGO Cinta Gaza Malaysia.

Keprihatinan Sultan serta kerajaan negeri ini secara tidak langsung berjaya mendapat perhatian warga Kelantan yang meluahkan rasa bangga dengan sumbangan yang disalurkan buat penduduk Gaza.

Sementara itu, beberapa NGO di Malaysia dilaporkan aktif dalam mengumpul sumbangan untuk disalurkan ke penduduk Gaza yang memerlukan.

Khairul Aming selaku influencer popular dilaporkan sudah membuat membuat sumbangan sebanyak RM100,000 kepada NGO Cinta Gaza Malaysia menerusi hasil jualan Sambal Nyet.