Sejak akhir-akhir ini, orang ramai diberi amaran tentang kehadiran tahun 2023 yang dijangka bakal berlaku kemelesatan ekonomi global yang lebih parah. Malah, Presiden Bank Dunia, David Malpass seolah mengesahkannya selepas data inflasi menunjukkan peningkatan, kaedah faedah ditingkatkan manakala bebanan hutang terus meningkat.
Difahamkan kelembapan ekonomi global yang berlaku ini sangat memberi kesan kepada negara-negara yang sedang membangun khususnya golongan miskin di negara tersebut.
Baca Juga:
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
“Semua masalah diberikan perhatian. Isu inflasi, kenaikan kadar faedah dan penurunan aliran modal ke negara sedang membangun juga terjejas sangat teruk,” katanya yang merujuk kepada peningkatan hutang di negara sedang membangun.
Menerusi kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya 0.5 peratus.
Pada sidang media berkenaan, ketua Bank Dunia itu berkata, pertumbuhan penduduk dunia dianggarkan 1.1 peratus setahun.
Bank Dunia juga turut melaporkan pandemik COVID-19 yang perlu antara yang menjadi punca utama berlaku peningkatan individu miskin tegar dalam dunia di mana kini terdapat sekitar 70 juta individu yang berada dalam kelompok miskin tegar. Perang di Ukraine antara yang memburukkan lagi keadaan.
Sementara itu, Bank Dunia mempunyai ulasan yang tersendiri buat negara Malaysia. Malah sebelum ini, Bank Dunia melaporkan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik walaupun diasak dengan cabaran ekonomi global. Ketahui lebih lanjut mengenai laporan Bank Dunia dengan klik di sini.