Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) melalui program iTEKAD, telah berjaya mengagihkan sejumlah RM20,391,753 kepada 2,274 usahawan asnaf dan B40 sehingga Mei 2024.
Bank Muamalat terus komited untuk membantu golongan tidak berkemampuan dalam mendapatkan pembiayaan melalui program iTEKAD yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia. Inisiatif ini membolehkan usahawan mikro asnaf dan B40 mendapat akses kepada pembiayaan.
Selain akses pembiayaan bagi meneruskan kesinambungan perniagaan, usahawan-usahawan asnaf dan B40 ini juga diberi latihan yang berstruktur dari pihak konsultan latihan bagi meningkatkan kemahiran serta bimbingan untuk meningkatkan kepintaran dalam perniagaan dan menjana pendapatan yang lebih tinggi secara mampan.
Baca Juga:
- Bank Muamalat Lancar Kempen #SubuhMacamJumaat Dan Cintai Masjid Menjelang Ramadan
- Peminat Puji Tindakan Bank Muamalat Benarkan Staff Pakai Jersi Harimau Malaya
Sektor-sektor yang difokuskan untuk peserta program iTEKAD Bank Muamalat ialah ekonomi gig, F&B dan pertanian. pic.twitter.com/vrAd2oGmP5
— Bank Muamalat Malaysia Berhad (6175-W) (@MyBankMuamalat) May 8, 2024
Program iTEKAD Bank Muamalat merangkumi tiga sektor utama iaitu sektor ekonomi gig, sektor makanan dan minuman dan sektor pertanian. Peserta usahawan iTEKAD Bank Muamalat turut menerima nilai tambah melalui pembiayaan mikro, latihan kemahiran, modal permulaan bagi pembelian aset perniagaan serta dibantu untuk mendapatkan sijil halal bagi produk dan perniagaan mereka.
Tambahan itu, hampir keseluruhan peserta telah berjaya mengekalkan perniagaan mereka disamping memanfaatkan latihan berstruktur yang diterima sepanjang program iTEKAD berlangsung.
Mereka berjaya menambah baik pengurusan perniagaan mereka dari sudut perakaunan dan juga berjaya melebarkan pemasaran produk mereka melalui platform atas talian seperti Grab Food, Food Panda, Shopee Food, Facebook, Instagram dan TikTok.
Melalui program ini di Bank Muamalat juga, mereka berpeluang untuk mendapatkan geran aset perniagaan yang diperuntukkan oleh kerajaan. Buat usahawan yang mahu info lanjut tentang iTEKAD ini, boleh baca di sini atau ke mana-mana cawangan Bank Muamalat berhampiran.