Mulai diumumkan pihak Kementerian Kewangan (MOF) pada Julai lalu, bantuan sebanyak RM100 secara e-tunai dilaporkan bakal dikreditkan kepada individu yang layak bermula Disember ini.

Bantuan yang bakal memanfaatkan 10 juta rakyat Malaysia ini diberikan kepada golongan dewasa bersusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan sebanyak RM100,000 dan ke bawah meliputi golongan B40 dan M40.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menelan belanja sebanyak RM1 bilion, difahamkan penyaluran dana sebanyak RM100 kepada setiap individu yang layak ini secara tidak langsung bakal memanfaatkan rakyat sekaligus merancakkan ekonomi yang pastinya membantu kumpulan penjaja dan peniaga.