Sudah namanya anak kecil, pasti banyak projek ‘nakal’ yang dibuatnya. Adakah anda ingat tingkah laku anda ketika kecil?

Terbaharu, pengguna TikTok @ezzeyanti telah memuat naik sebuah video memaparkan situasi dimana slime melekat pada rambut anak perempuannya.  Situasi itu disedari oleh wanita tersebut dan membuatkan dirinya panik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@uwaisjuwita

Berat mata memandang, berat lagi si juwita menerima kenyataan…

♬ original sound – UWAIS & JUWITA 🤍 – E Z Z E

Menerusi video tersebut, slime yang melekat sudah hampir menutupi rambut bahagian atas. Oleh itu, wanita itu membuat keputusan untuk membotakkan kepala anaknya itu.

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat anaknya yang banyak idea sehingga menyebabkan slime terlekat pada rambut.

Lantaran itu, rata-rata netizen memberikan beberapa tips untuk menanggalkan slime tersebut tanpa perlu membotakkan rambut tetapi sudah terlambat kerana telah dibotakkan.

Segelintir netizen turut mengatakan berkongsi hal tersebut pernah terjadi kepada anak mereka. Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih lebih 6 juta tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Bimbang Makan Tuan’- Netizen Terkejut Keluarga Ini Bela Ular Sawa Bersaiz Gergasi

Tawar ‘Vibes’ Seperti Di China, Taman Di Putrajaya Ini Bakal Jadi Tumpuan Orang Ramai

‘Fitness Gone Wrong’- Keadaan Gadis Ini Selepas Aktiviti Berbasikal Raih Perhatian Natizen