Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan salah satu kelompok yang acap kali tercicir dalam penggunaan kemudahan awam.

Baru-baru ini sebuah video dimuat naik TikTok @braderwheelchair menyeru pihak bertanggungjawab untuk membina kemudahan mengikut spesifikasi khas untuk OKU berkerusi roda.

Baca Juga:

Menerusi video dikongsikan, sekumpulan dirakam cuba melintas menggunakan lintasan belang yang ada bersebelahan bangunan berkembar KLCC.

@braderwheelchair

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Inilah keadaan sebenar untuk kami yg berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah. Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk oku. Yg mane ada kemudahan kebanyakannye tidak mengikut spec yg betul. Korang rasa betul tak?? Kalau betul mintak tolong share ramai ramai biar sampai dekat wakil oku, menteri dan jabatan yg sepatutnye jangan cakap jer pandai. Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk oku. #awareness #fyp #kualalumpur #malaysia #oku #accessible #wheelchairlifestyle #wheelerangers #braderwheelchair #nobarriers #dbkl #kemudahanoku

♬ Very Sad – Enchan

Bagaimanapun kelihatan mereka menghadapi masalah kerana laluan pembahagi jalan itu mempunyai step atau permukaan tinggi yang menyukarkan pergerakkan.

Oleh kerana reka bentuk kerusi roda berbeza-beza, ada yang memerlukan bantuan orang normal untuk menolak dari belakang bagi melepasi laluan OKU tersebut.

“Assalamualaikum & Salam Sejahtera, inilah keadaan sebenar untuk kami yang berkerusi roda perlu hadapi bila keluar dari pintu rumah.

“Banyak tempat yg masih kurang kemudahan untuk OKU, di mana ada kemudahan kebanyakannya tidak mengikut spec yg betul.

“Anda rasa betul tak? Kalau betul minta tolong share ramai-ramai biar sampai dekat wakil OKU, menteri dan jabatan yang sepatutnya.

“Jom sama sama kita jadikan Malaysia salah satu negara yg mesra untuk OKU,” ujar TikTok TikTok @braderwheelchair.