Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan satu peperiksaan yang menentukan hala tuju masa depan pelajar di negara ini. Lebih banyak ‘A’ di dalam keputusan peperiksaan, lebih cerah masa hadapan pelajar tersebut untuk menyambung ke pengajian tinggi.

Baru-baru ini seorang pelajar mendapat keputusan SPM 7A berkongsi betapa pentingnya skor subjek Bahasa Inggeris, atau sekurang-kurangnya kredit.

Baca Juga:

Menerusi hantaran video TikTok @almondnadee, dia tidak dapat menyambung ke institusi pengajian tinggi gara-gara keputusan SPM untuk subjek Bahasa Inggeris adalah ‘D’.

Banyak Permohonan IPT Ditolak, Individu Ini Kongsi Pentingnya SPM 'Score' Bahasa Inggeris
Sumber Gambar: TikTok @almondnadee

Tidak berputus asa, individu itu membuat permohonan semakan subjek Bahasa Inggeris dengan harapan gred ‘D’ itu berubah dan memudahkannya membuat permohonan IPT.

Selepas 9 hari menunggu keputusan baharu, akhirnya subjek Bahasa Inggeris itu menjadi ‘C+’.

Individu itu membuat permohonan ke program matrikulasi. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi dirinya kerana permohonan ditolak kerana minima subjek Bahasa Inggeris ‘C’ diperlukan sebelum boleh diterima masuk.

Sumber Gambar: TikTok @almondnadee

“Pengaruh Bahasa Inggeris sangatlah besar. Kepada adik-adik, Bahasa Inggeris sangat penting ya. Keputusan cantik, tapi tak kredit (Bahasa Inggeris) tak boleh juga,” pesan individu kepada orang ramai.

Ketika artikel ini ditulis, video TikTok itu mendapat lebih 1 juta tontonan dan ribuan komen daripada warganet.

Menerusi komen-komen dikongsikan, ramai memberikan kata-kata semangat supaya lepasan SPM itu tidak berputus asa dan cuba ikhtihar membuat permohonan di universiti dan kolej lain.

Dalam masa sama warganet menekankan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris memandangkan ia merupakan bahasa rasmi antarabangsa untuk berkomunikasi pada hari ini.

Sumber Gambar: TikTok @almondnadee
Sumber Gambar: TikTok @almondnadee
Sumber Gambar: TikTok @almondnadee

Terdahulu, seramai lebih 10,000 calon SPM tidak menghadiri peperiksaan tersebut untuk tahun 2023.

Dalam masa sama ramai lepasan SPM yang gagal peperiksaan itu tanpa segan-silu memuat naik slip keputusan untuk dijadikan konten di TikTok masing-masing.