Mahkamah Seysen di sini baru sahaja menjatuhkan hukuman berjumlah 702 tahun dan 234 sebatan ke atas seorang bapa yang tergamak merogol serta melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya sehingga seorang daripada mereka mengandung.
Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas tertuduh, yang berusia 53 tahun, mengaku bersalah terhadap 19 pertuduhan merogol serta 11 pertuduhan melakukan amang seksual ke atas kedua-dua mangsa ketika mereka berumur 9 dan 10 tahun.
Baca Juga:
- Disyaki Dera Budak Lelaki Sampai Badan ‘Berlubang’, Seorang Wanita Dan Pengkid Ditahan Polis
- Dua Individu Di Pulau Pinang Dirakam Pukul Anjing Cedera Dilanggar Sehingga Mati
- Insiden Maut Ducati: Suspek Cedera Agak Parah Serah Diri, Dakwa Lawan Arus Sebab Tersesat
Bagaimanapun, pekerja pembersihan itu hanya dikenakan tahanan dalam penjara selama 42 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman untuk semua kesalahan berjalan serentak iaitu dari tarikh suspek ditangkap pada 10 Julai lepas.
Ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 42 tahun namun hukuman sebatan kekal 234 kali. Walau bagaimanapun, Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan maksimum hukuman sebatan adalah 24 kali.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah iaitu di Bakri serta Jalan Jeram Tepi, Muar di sini sejak 2018 dan kali terakhir 9 Julai lepas. Difahamkan suspek telah melakukan perbuatan terkutuk ini sejak enam tahun lalu.
Tertuduh berhadapan 30 pertuduhan dengan 19 daripadanya membabitkan kejadian rogol manakala 11 lagi kes cabul kehormatan.
Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan menyesali perbuatannya. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan untuk setiap pertuduhan merogol.
Bagi pertuduhan melakukan amang seksual pula, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan.