Pengacara terkenal Yoo Jae-suk, memang cukup dikenali dan disayangi oleh rakyat Korea. Beliau yang lebih dikenali menerusi rancangan Running Man ini boleh dikatakan diantara bintang yang paling terkenal di sana.
Baru-baru ini telah tular sebuah cerita tentang sifat pemurah bintang ini yang secara tidak langsung telah menjadikan beliau diantara selebriti paling pemurah di Korea Selatan.
Seorang netizen dari Korea Selatan telah mendedahkan kisah mengenai adik kepada rakannya yang merupakan bapa kepada lima orang anak. Difahamkan, bapa kepada lima orang anak itu menghidap penyakit yang serius dan harus dibedah dengan segera.
Oleh kerana lelaki itu bukanlah dari orang yang senang, situasi tersebut telah menjadi satu masalah kepadanya, terutama sekali dalam hal kewangannya.
Difahamkan, kos rawatan tersebut memakan dana yang tinggi dan sebagai bapa kepada lima orang anak yang sedang membesar, agak sukar baginya untuk dapat dana yang sebanyak itu dalam jangka masa yang cepat.
Nasib ternyata menyebelahi lelaki tersebut kerana hospital itu difahamkan mempunyai sebuah program di mana bantuan akan diberikan kepada pesakit yang memerlukan. Difahamkan, program tersebut boleh diibaratkan sebagai jambatan bagi mereka yang berkemampuan untuk menghulurkan bantuan.
Apabila mengetahui ada seorang bapa kepada lima orang anak ini memerlukan dana untuk menampung kos rawatan dan pembedahannya, seorang penderma telah tampil untuk memberikan bantuan yang diperlukan.
Bersyukur dengan bantuan yang diberikan, keluarga ini memutuskan untuk mencari siapakah lelaki budiman yang telah membantunya kerana dia ingin menzahirkan rasa terima kasihnya kepada penderma tersebut.
Apabila mengetahui siapakah individu yang telah menghulurkan bantuan tersebut, bapa kepada lima orang anak ini nyata terkejut kerana lelaki budiman tersebut rupa-rupanya adalah Yoo Jae-suk, selebriti yang paling terkenal di Korea Selatan.
Berdasarkan laporan media, rupa-rupanya bintang tersebut memang sudah lama memberikan bantuan seperti ini dan beliau menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan untuk setiap bulan.
Namun, Jae-suk tidak menguar-uarkan sifat pemurahnya kepada orang ramai. Sifat murninya itu mula diketahui ramai setelah didedahkan oleh bapa kepada lima orang anak ini. Jae-suk difahamkan bukan sahaja terkenal kerana bakat pengacaraannya, malah beliau juga turut dikenali dengan sifat murninya dan kisah ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi populariti dan nama bintang ini.
Baca juga perkongsian kami yang lain melalui pautan di bawah!
Park Seojoon Beli Bangunan RM40 Juta Dan Tawar Sewa Dengan Harga Murah Demi Bantu Peniaga
Berita Keprihatinan Ustaz Ebit Lew Tular Di Korea, Netizen Nyata Terkejut Dan Bangga